BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Manchester United vs Fullham (1-1) : Smith Rowe hero Fulham

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
3249207.webp

Amorim. FOTO: AFP

PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim percaya pasukannya perlu menunjukkan lebih kematangan selepas gagal mempertahankan kelebihan sehingga terikat 1-1 menentang Fulham pada Ahad sekali gus masih belum meraih kemenangan musim ini.

The Red Devils dihukum kerana gagal memanfaatkan penguasaan pada separuh masa pertama, termasuk sepakan penalti Bruno Fernandes yang tersasar.

Namun, Amorim lebih kecewa dengan aksi selepas United mendahului hasil jaringan sendiri Rodrigo Muniz pada minit ke-60.

Fulham bangkit menyamakan kedudukan menerusi Emile Smith Rowe, 17 minit sebelum tamat dan menutup perlawanan dengan lebih dominan.

"Saya rasa selepas kita menjaringkan gol, kami seolah-olah lupa bagaimana cara bermain.

"Kami terlalu mahu menang, itu sebenarnya sesuatu yang baik tetapi selepas gol itu semua hanya mahu bertahan dan kekalkan kelebihan. Bagi saya, itulah momen yang sepatutnya kita lebih nikmati dan terus tekan lawan.

"Kami perlu lebih matang sebagai sebuah pasukan. Yang penting sepanjang minggu pemain bekerja keras, hari ini pun mereka berusaha bersungguh-sungguh, dan saya yakin kami akan bertambah baik. Detik yang mengubah permainan adalah gol kami," kata Amorim yang hanya menang tujuh daripada 29 perlawanan Liga Perdana sejak mengendalikan United.

Kapten United, Bruno Fernandes yang biasanya tenang menyempurnakan penalti turut dikritik Amorim selepas kegagalannya pada minit ke-38 menjejaskan prestasinya sepanjang baki perlawanan.

"Kesilapan itu perlu dilupakan dalam perlawanan, bukan dibawa sampai habis. Dia adalah ketua kami, banyak memikul tanggungjawab. Saya rasa selepas dia gagal penalti, fikirannya terganggu sehingga menjejaskan permainan. Kami perlu mara ke depan dan terus bermain," ujar Amorim.

Dalam pada itu, kem Fulham pula berang dengan dua keputusan besar yang memihak kepada United.

Penalti pelawat hanya diberikan selepas semakan VAR ketika Calvin Bassey dan Mason Mount bergelut dalam kotak penalti.

Namun, ketika Bassey dilihat ditolak Leny Yoro dalam gerakan yang membawa kepada gol United, pengadil video tidak membuat sebarang campur tangan.

"Saya tidak dapat faham. Saya mahu jelaskan dari wisel pertama hingga terakhir, tetapi itu bukan tugas saya.

"Saya tidak mahu pergi ke arah itu. Semua orang di dunia nampak apa yang berlaku petang ini di Craven Cottage," kata pengendali Fulham, Marco Silva.
 
3249306.webp

Smith Rowe meledak jaringan penyamaan buat Fulham yang mengikat United di Craven Cottage. FOTO AGENSI

GERGASI England, Manchester United terus tercari-cari kemenangan pertama musim ini apabila diikat Fulham 1-1 dalam aksi mendebarkan Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage pada Ahad.

The Red Devils bimbingan Ruben Amorim terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas pemain gantian Fulham, Emile Smith Rowe, menyamakan kedudukan sebaik dimasukkan biarpun mendahului hasil jaringan sendiri Rodrigo Muniz.

Gol penyamaan pantas itu hanya 93 saat selepas bekas bintang Arsenal tersebut diturunkan menjadi tamparan hebat buat skuad Amorim yang kini mengutip satu mata daripada dua perlawanan.

Lebih mengecewakan, kapten Red Devils, Bruno Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa pertama apabila bola tendangannya melambung tinggi, biarpun penjaga gol Bernd Leno yang juga bekas pemain Arsenal sudah tertewas.

United sebelum itu terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-56 apabila tandukan Leny Yoro terkena belakang Muniz, sekali gus menerjah gawang Fulham.

Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Smith Rowe yang bijak membaca hantaran silang Alex Iwobi menolak masuk gol penyamaan yang menggamatkan Craven Cottage.

Fulham kemudian tampil lebih agresif, memaksa United bertahan hampir sepanjang 15 minit terakhir perlawanan, namun gagal mencari gol kemenangan.

Peluang terakhir United hadir menerusi Harry Maguire pada minit ke-87, tetapi tandukannya tersasar.
 
Back
Top
Log in Register