BTC USD 106,010 Gold USD 3,351.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man City Man United Manchester City Ingin Dapatkan Kobbie Mainoo

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
455,355
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
455,355
Reaction score
37,615
Points
2,836
Awards
2
FB_IMG_1701137446725.jpg


[ G.E.M.U.K - Mainoo: The Untold Story ]

Menurut kenyataan Daily Mail yang dipetik daripada FourFourTwo pada 3 November lalu, Manchester City bersedia untuk mendapatkan Kobbie Mainoo daripada Manchester United.

Beberapa laporan menyatakan Pep Guardiola sedang mengejar remaja yang dinilai tinggi. Tidak pasti berapa nilai yang City ingin bayar untuk membawa anak jati Stockport itu ke Etihad.

Komitmen City adalah membangunkan pemain muda untuk masa hadapan manakala United berdepan dengan sekatan Financial Fair Play, yang mana mungkin terpaksa melepaskan Mainoo ke City untuk mencari bebas dari FFP.

__________

PERPINDAHAN UNITED ➡️ CITY BUKAN BENDA BARU

Julai lalu, pemain akademi United, Harrison Parker, 16, (centre back) sertai City. Kemudian, anak kember Darren Fletcher iaitu Jack dan Tyler Fletcher sertai United dari City.

DISCLAIMER: Bukan overhype, ianya dari sumber FourFourTwo, Daily Mail 3 minggu lepas.

#GM08
 
Sponsored Post

FB_IMG_1701139062761.jpg


United dan pemain akademi memang agak sinonim. Zaman Sir Alex menaikkan pemain dari akademi dan disitulah tercetus penguasaan United..

Perlawanan semalam, dua graduan lagi bermain sangat cemerlang. Garnacho dengan goal of the season dan pemain tengah Kobbie Mainoo menjadi tumpuan apabila mengemudi tengah dengan baik

Umur 18 kot tapi main macam 25 tahun atau Prime pemain itu sendiri.. Kalau sebelum ini kita lihat dia lebih kepada Pogba, tapi kalau diamati, Kobbie lebih upgrade sebab ada Michael Carrick didalam corak permainannya

Sangat tenang apabila diasak, composure, dan bijak menggunakan gerak tubuh badannya menipu helah opponent. Pemain yang ada vision dalam setiap gerakannya.

Kalau tengok dia suka buat bertentangan dari pemain tengah lain. Offensive minded dalam setiap gerakan menerima bola atau menghantar bola..

Gary Neville sempat mengulas, ia amat berikan pujian untuk Kobbie dan dia ternyata seperti pemain tipikal Man City yang akan ada didalam sistem Pep Guardiola.

Stat bagi pemain 18 tahun, terlalu mengagumkan apa yang dia berikan semalam.

100% tackles won
83% pass accuracy
57 touches
34/41 passes completed
5 duels won
3 ball recoveries
2/3 dribbles completed
2 long balls completed
2 interceptions
1 clearance
1 block

#AMU12
 
FB_IMG_1701140002670.jpg


Bruno Fernandes: "Saya selalu bercakap tentang Kobbie. Saya rasa dia pemain istimewa juga. Jelas sekali orang tidak akan bercakap tentang dia seperti mereka bercakap tentang Garna kerana gol atau bantuan yang dia buat. Tetapi apa yang Kobbie bawa kepada pasukan, kami menghargainya."

"Dia (Mainoo) pemain hebat yang boleh dia pelajari kerana dia bermain dengan salah seorang yang terbaik di dunia, Casemiro. Ada juga Sofyan (Amrabat) yang bermain di posisi ini, yang sangat bagus dan dia boleh belajar daripada mereka."

"Dia (Mainoo) mahu belajar, dia mempunyai keinginan untuk belajar dan saya fikir itu mungkin kualiti terbaik yang dia ada kerana dia mahu belajar sepanjang masa. Dia mahu mendengar segala-galanya di dunia untuk memperbaiki lagi dan lagi."

#AMU12
 
FB_IMG_1701140408273.jpg


FA England percaya Kobbie Mainoo akan mengutamakan bermain untuk pasukan kebangsaan England berbanding Ghana.

Sumber yang rapat dengan ibu pejabat pasukan kebangsaan England di Burton percaya bahawa hasrat pemain itu adalah untuk kekal dalam laluan ke pasukan kebangsaan England

Kobbie Mainoo telah menarik perhatian jurulatih di kemudahan latihan England, bukan sahaja dengan kemampuannya, tetapi juga etika kerjanya. Dia digambarkan sebagai seorang yang sangat profesional dan fokus.

Ramai daripada mereka yang bekerja dengannya dalam persekitaran pasukan kebangsaan B-19 percaya bahawa Kobbie Mainoo layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke pasukan B-21.

#AMU12
 
FB_IMG_1701192713123.jpg


Rio Ferdinand: "Saya tidak tahu bagaimana mereka boleh memberikan anugerah pemain terbaik perlawanan semalam (v Everton) kepada pemain lain (selain Mainoo). Pada usia 18 tahun, terutamanya di bahagian tengah, sangat jarang untuk melihat persembahan seperti itu. "

"Pada masa ini, saya fikir dia lebih baik daripada Amrabat. Pada asasnya, dia bermain dengan baik. Tetapi ini hanya satu perlawanan. Jangan terbawa-bawa, kita perlu melihatnya secara kerap pada tahap itu sebelum kita boleh membuat kesimpulan ."

#AMU12
 
FB_IMG_1702863490289.jpg


Erik ten Hag: "Mainoo memiliki ketenangan. Kualiti terbaiknya ialah kebolehannya menganalisis perlawanan, tetapi dia juga bagus dari segi fizikal.

Mainoo bermain dengan sangat baik. Saya pasti dia akan menyesuaikan diri dengan intensiti EPL dan dia akan dapat melakukan lebih baik dan dia akan menjadi lebih tenang.

Kualitinya pada bola akan membawa banyak kegembiraan kepada pasukan."

#AMU12
 
Sponsored Post

CG Sponsors


--->

Back
Top
Log in Register