Pada tahun 2018, Pep Guardiola pernah sebut yang John Stones boleh bermain di bahagian tengah berdasarkan keupayaannya di atas padang.
Peranan di bahagian tengah bukan sesuatu yang baru buat Stones kerana dia juga pernah bermain di posisi ini ketika bersama Everton di bawah kendalian Roberto Martinez.
Cuma, untuk sampai ke tahap sekarang, sehingga ramai kagum dengan kemampuannya, itu satu perkara yang agak mengejutkan.
Stones muncul sebagai pemain yang berjaya melepasi eksperimen Pep, terus cepat menyesuaikan diri, memahami apa yang diinginkan menerusi idea dan taktikal.
Membuat keputusan, pergerakan, bacaan permainan, kawalan bola, dan lain-lain, boleh dikatakan hampir kesemuanya menunjukkan peningkatan.
Berfizikal dan bijak, solid di bahagian tengah.
Itu keuntungan apabila ada stabiliti di sekeliling, bagi ruang untuknya mengambil risiko ketika dengan bola, sekaligus menolak lebih lagi kemampuan yang sebenar.
Transformasi yang berjaya dalam jangka masa 4 bulan, ubah Stones jadi pemain yang sangat boleh diharap.
Dan ketika final UCL, Stones berjaya menyempurnakan 6 gelecekan dalam perlawanan, jumlah paling banyak dalam satu perlawanan final sejak Lionel Messi(10) pada tahun 2015.
kredit fb odfc