BTC USD 79,676.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man City Man city LATEST UPDATE, TALK, ISSUE, FEATURES

Status
Not open for further replies.


BERITA GLOBAL 🌻 | Manchester City Mahu Membuat Rayuan Atas Penggantungan Dari Beraksi Dalam Saingan UEFA Champions League.

Manchester City telah meluahkan hasrat mereka untuk membuat rayuan atas penggantungan kelab mereka dari menyertai aksi Champions League.

UEFA telah mengumumkan yang juara bertahan Premier League itu akan disingkirkan dari saingan tersebut untuk dua musim selepas ini dan juga telah didenda sebanyak €30 juta.

Hukuman ini telah dijatuhkan kerana mereka telah melanggar undang-undang Financial Fair Play dengan suntikan pendapatan penajaan yang berlebihan, dan mereka gagal memberikan kerjasama dalam proses penyiasatan kes itu.

City boleh membuat rayuan dengan membawa kes ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan, manakala UEFA pula telah mengesahkan yang mereka tidak akan memberikan sebarang komen lanjut berkaitan kes ini sehingga segala proses selesai.

✍🏼 : #Apisssssssssss
 


TRIVIA 🍁 | Sejak pengambilalihan oleh kerabat diraja United Arab Emirates, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan pada musim panas 2008/09 lebih sedekad yang lalu, Manchester City telahpun membelanjakan lebih daripada £1 billion dalam jendela perpindahan untuk urusan pembelian pemain.

🇧🇪 Kevin De Bruyne - VfL Wolfsburg (£68.40 juta)
🇪🇸 Rodri - Atletico Madrid (£63.00 juta)
🇩🇿 Riyad Mahrez - Leicester City (£61.02 juta)
🇫🇷 Aymeric Laporte - Athletic Bilbao (£58.50 juta)
🇵🇹 Joao Cancelo - Juventus (£58.50 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Raheem Sterling - Liverpool (£57.33 juta)
🇫🇷 Benjamin Mendy - AS Monaco (£51.75 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 John Stones - Everton (£50.04 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Kyle Walker - Tottenham Hotspur (£47.43 juta)
🇵🇹 Bernardo Silva - AS Monaco (£45.00 juta)
🇩🇪 Leroy Sane - Schalke 04 (£45.45 juta)
🇫🇷 Eliaquim Mangala - FC Porto (£40.50 juta)
🇦🇷 Nicolas Otamendi - Valencia (£40.05 juta)
🇧🇷 Robinho - Real Madrid (£38.70 juta)
🇦🇷 Sergio Aguero - Atletico Madrid (£36.00 juta)
🇧🇷 Fernandinho - Shakhtar Donetsk (£36.00 juta)
🇧🇷 Ederson - Benfica (£36.00 juta)
🇧🇦 Eden Dzeko - VfL Wolfsburg (£33.30 juta)
🇨🇮 Wilfried Bony - Swansea City (£29.07 juta)
🇧🇷 Gabriel Jesus - Palmeiras (£28.80 juta)
🇨🇮 Yaya Toure - Barcelona (£27.00 juta)
🇧🇷 Danilo - Real Madrid (£27.00 juta)
🇮🇹 Mario Balotelli - Inter Milan (£26.55 juta)
🇹🇬 Emmanuel Adebayor - Arsenal (£26.10 juta)
🇦🇷 Carlos Tevez - Manchester United (£26.10 juta)
🇪🇸 David Silva - Valencia (£25.88 juta)
🇫🇷 Samir Nasri - Arsenal (£24.75 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Joleon Lescott - Everton (£24.75 juta)
🇩🇪 Ilkay Gundogan - Borussia Dortmund (£24.30 juta)
🇲🇪 Stevan Jovetic - Fiorentina (£23.40 juta)
🇪🇸 Alvaro Negredo - Sevilla (£22.50 juta)
🇧🇷 Jo - CSKA Moscow (£21.60 juta)
🇷🇸 Aleksandar Kolarov - Lazio (£21.47 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 James Milner - Aston Villa (£19.80 juta)
🇵🇾 Roque Santa Cruz - Blackburn Rovers (£19.08 juta)
🇪🇸 Javi Garcia - Benfica (£18.18 juta)
🇪🇸 Jesus Navas - Sevilla (£18.00 juta)
🇨🇮 Kolo Toure - Arsenal (£16.83 juta)
🇳🇱 Nigel de Jong - Hamburger SV (£16.20 juta)
🇨🇱 Claudio Bravo - Barcelona (£16.20 juta)
🇪🇸 Nolito - Celta de Vigo (£16.20 juta)
🏴󠁧󠁢󠁷󠁬󠁳󠁿 Craig Bellamy - West Ham United (£13.95 juta)
🇷🇸 Matija Nastasic - Fiorentina (£13.68 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Jack Rodwell - Everton (£13.50 juta)
🇧🇷 Fernando - FC Porto (£13.50 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Gareth Barry - Aston Villa (£12.51 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Wayne Bridge - Chelsea (£11.70 juta)
🇩🇪 Jerome Boateng - Hamburger SV (£11.25 juta)
🇲🇪 Stefan Savic - Partizan Balgrade (£10.80 juta)
🇧🇷 Douglas Luiz - Vasco da Gama (£10.80 juta)
🇪🇸 Pedro Porro - Girona (£10.80 juta)
🇪🇸 Angelino - PSV Eindhoven (£10.80 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Fabian Delph - Aston Villa (£10.35 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Shaun Wright-Phillips - Chelsea (£10.13 juta)
🇮🇪 Shay Given - Newcastle United (£8.10 juta)
🇦🇷 Pablo Zabaleta - Espanyol (£7.83 juta)
🇧🇪 Vincent Kompany - Hamburger SV (£7.65 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Adam Johnson - Middlesbrough (£7.20 juta)
🇦🇷 Willy Caballero - Malaga FC (£7.20 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Scott Sinclair - Swansea City (£7.02 juta)
🇫🇷 Gael Clichy - Arsenal (£6.98 juta)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Patrick Roberts - Fulham (£6.48 juta)
🇮🇱 Tal Ben Haim - Chelsea (£5.76 juta)
🇦🇷 Martin Demichelis - Atletico Madrid (£4.50 juta)
🇧🇷 Maicon - Inter Milan (£3.38 juta)

Sumber : transfermarkt.com
✍🏻 : Zorro_Boro
 


*Nukilan*

Teori Domino jika Man City jatuh divisyen

Admin saja buat palatao supaya semua orang berfikir bagaimana caranya nak survive di liga bawahan ? semua tahu man city tu kaya namampos tapi bagaimana teori domino ini bermula ?

Pak Arab kaya raya dari UAE akan menjual pegangan majoriti atas sebab nilai saham man city sudah jatuh kesan kejatuhan ke league 2 (jika ini benar benar terjadi) oleh sebab itu mereka mengalami 'kerugian' teruk dari sudut publisiti dan hospitaliti, buat apa berabes duit sponsor, beli exclusive box untuk team yang bermain di league 2??

Pertamanya, para pemain bergaji mahal akan dilelong supaya kelab benar benar bersih dari gejala keldai akaun dan benar-benar beroperasi hasil dari modal pusingan dan keuntungan kelab. Bukan daddykasi dari Abu Dhabi. Antara option yang terkandung dalam kontrak pemain ialah loyalti iaitu bonus kesetiaan yang diberi jika mereka kekal lama di kelab dan menolak offer dari kelab lain. Tah berapa agaknya Aguero dan David Silva untung dari bonus kesetiaan ni. Para pemain pula hendak menjaga status ' pemain antarabangsa ' mereka hendaklah bermain di liga utama eropah dan lebih baik jika bermain untuk pasukan-pasukan teratas liga. Sanggupkah Leroy Sane,Sterling,Aguero men downgrade status mereka bermain di league 2??
lagi satu....semakin rendah liga semakin rendah la tangga gajinya, bersediakah mereka menerima potongan gaji 100 peratus ? rata-rata gaji di league 2 bermula serendah 700 pound seminggu hingga 2200 pound seminggu paling tinggi. Purata pemain menerima antara 1200-1600 seminggu....jumlah ini jauh bezanya di EPL bilamana mereka dibayar serendah 5 ribu seminggu dan setinggi 300 000 pound sterling seminggu.
Memang benar man city tiada masalah membayar gaji sebesar mana mereka sanggup tapi kini mereka diambang hukuman dan perlu mematuhi FFP yang telah ditetapkan dan jika masih ingkar pastinya mereka berhadapan tindakan lebih berat.....

Jika sudah jatuh terduduk di league 2, siapa pula pengurus sanggup bermula dari sana ? siapa pula pemain bintang yang sanggup turun darjat ? sudahlah gaji rendah, jika bermain di league 2 semakin sempit la peluang untuk kekal dipilih mewakili negara dan sudah pastinya off radar oleh pasukan yang berminat untuk membeli....masalah lain pula timbul.

Gate collection.....harga tiket di league 2 pula sudah tentu tidak semahal di EPL. Umum tahu, season pass di EPL saja sudah mencecah ribuan harganya semusim. Jadi berapa sangatlah kutipan hasil matchday di league 2 ini? apa dia pasukan yang menarik untuk ditonton ? di EPL man city ada pesaing seperti arsenal,spurs,man utd,liverpool dan chelsea yang membuatkan harga tiket mereka melambung tinggi, begitu juga jika di EPL mereka saban tahun bermain UCL yang menjanjikan pengalaman menakjubkan jika diundi bertemu jaguh liga Eropah lain di peringkat kumpulan dan kalah mati tapi di League 2 apa dia tarikannya ? sudah tentulah cold windy night at league 2... tiada yang menarik untuk disaksikan.

TV money...inilah punca utama mengapa pasukan epl kaya raya. Peningkatan hak penyiaran yang dinilai semula setiap 3 musim pastinya menggemukkan kantung kelab. Dari sinilah sumber utama membayar gaji berpuluh ribu,ratusan ribu seminggu. Bayangkan berapa saja yang diperolehi jika bermain di league 2 ?? tuan tuan dan puan puan, terjatuh ke Championship pun sudah cukup perit kerana setiap 3 pasukan yang terhumban akan berdepan dengan masalah pembayaran gaji pemain berikutan hak penyiaran di EFL Championship tidaklah semewah EPL. Apa option yang selalunya ada? meminjamkan pemain bergaji mahal ke kelab-kelab liga atasan supaya tidak terbeban membayar gaji, menjual serta merta pemain bergaji mahal kerana kontrak mereka masih panjang atau membuat perjanjian jika mahu kekal bermain mereka perlulah sanggup menerima potongan gaji, selain itu jika kelab gagal kembali semula ke EPL dalam tempoh semusim ini pada musim panas kelak pemain itu akan dibenarkan untuk berpindah kelab. Jadi faktor ini sudah cukup membuatkan para pesepak bola di Etihad memilih jalan keluar kerana meskipun city back to back promotion setiap musim pun, perjalanan masa itu terlalu panjang untuk mereka dan pastinya jika kembali ke EPL kelak mereka bukan lagi sama seperti kondisi terbaik mereka dahulu.

Penjualan dan pembelian pemain....mujurlah setakat ini tiada sekatan untuk city berbelanja membeli pemain baru. Jika disahkan City perlu bermula dari bawah semula agaknya berbondong bondong la kelab membeli pemain city jauh lebih murah dari harga asal. Manfaatnya pada City ialah mereka boleh menandatangani muka-muka baru dan membentuk satu pasukan baru dengan kos yang lebih efisien disamping menjadi pelaburan jangka panjang mereka jika misi back to back promotion itu menjadi kenyataan.Jangan lupa man city memiliki akademi terbaik di England buat masa ini dengan saban tahun ada saja pemain berpotensi yang dihasilkan tetapi tidak mendapat tempat dan dipinjamkan ke kelab lain untuk lebih minit bermain dan menimba pengalaman senior.

Yang Benar,
#ApostolosVelios

Eksklusif hanya di info EFL Championship Malaysia
 


#Winklehock_Effect part 2

" Manchester City 07/08 "

Dikala masyarakat harini dimomokkan dengan final score man city 1-8 middlesborough musim 07/08 mereka mula memberi bayangan tanpa wang dari UAE itu sudah pasti tiada revolusi besar besaran di Eastland, mereka sebenarnya pelupa dan silap. Sudah pasti tidak memberi peluang untuk mengikuti perkembangan Man City era baru pemgambilalihan Thaksin Shinawathra.

Tatkala baru setahun digulingkan dari tampuk pemerintahan, mantan perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawathra telah mengumumkan pembelian kelab bolasepak Manchester City ini mengejutkan bagaimana perdana menteri yang digulingkan ini boleh menjana kekayaan ? Thaksin adalah taikun dalam bidang telekomunikasi di negara gajah putih itu.

Thaksin memainkan peranannya dengan menandatangani 3 pemain Thailand iaitu Teerasil Dangda, Kiatprawut Salwaeo dan Suree Sukha. Mereka bertiga bukan sekadar berlatih disana tetapi juga bermain iaitu di dalam pasukan simpanan kerana permohonan visa kerja dan ranking Thai yang luar 70 fifa menyebabkan mereka tidak lepas untuk didaftarkan dalam skuad EPL. Mereka kemudian dipinjamkan sehingga tamat kontrak. Dilaporkan mereka hanya menerima gaji 500 pound seminggu satu jumlah yang sangat kecil.

Thaksin memulakan era baru dengan membawa Sven Goran Erikson dan berbelanja 30 juta pound pada musim panas sahaja, satu jumlah cukup besar untuk pasukan seperti city pada era itu.

Elano, Martin Petrov, Geovanni,Vedran Corluka, Valeri Bojinov, Javier Garrido, Gelson Fernandes dan Rolando Bianchi dibawa masuk untuk merombak pasukan man city sebelum itu yang begitu hambar. Dengan pemain berpotensi sedia ada dalam kelab seperti Kasper Schmeichel !! ya pada musim itu Kasper bertindak sebagai no 1 menggantikan Andreas Isaakson yang lebih berpengalaman kemudian dia hilang tempat kepada budak baru bernama Joe Hart, jikalau Kasper tidak bermain baik mana mungkin the cityzen bermula dengan baik hingga mampu menguasai top 3 pada 10 perlawanan terawal. Pemain muda berbakat seperti Micah Richard dikekalkan, Daniel Sturridge yang juga sebahagian skuad FA youth cup yang layak ke final diberi peluang ke skuad utama. Disamping pemain-pemain lain seperti Michael Johnson, Michael Ball, Stephen Ireland turut memberi impak pada prestasi pasukan gandingan pemain baru dan lama seakan akan memberi satu kelebihan buat Cityzen apabila pemain berskill yang tiada pengalaman bermain di England bergandingan dengan pemain berpengalaman yang faham selok belok liga perdana Inggeris.

Agak unik senarai pemain baru dibawa masuk oleh Sven Goran Eriksen apabila mereka bukan datang dari liga Inggeris tetapi datang dari liga luar. Dengan jumlah yang ramai ini sudah pasti pening kepala untuk menentukan corak permainan apa yang perlu dicongak. Bila berkata tentang musim ini tidak dapat tidak akan sentiasa menyebut nama Elano, pemuda Brasil yang dibeli dari Shaktar Donetsk. Bermain di England tidaklah teruk seperti di Rusia bilamana tiada bola di kaki mereka perlu sentiasa berlari kerana cuaca yang terlampau sejuk kaki akan mudah beku dan kejang. Di Brazil pula jika tewas, selepas perlawanan kereta para pemain akan jadi sasaran penyokong yang kecewa dan jika makan di restoran pula akan di caj 3 kali ganda sekiranya kalah. Elano bersama Martin Petrov menikmati musim terbaik mereka di England, Petrov digeruni kerana kelajuannya di sebelah sayap menggerunkan pertahanan lawan. Geovanni pula mempunyai karisma sebagai pemain tengah menyerang dan gol tunggal bertemu man utd menjadi saksi meskipun selepas itu dia mula merudum dan gagal kembali ke prestasi terbaiknya seperti awal musim. Rolando Bianchi pula lebih dikenali dengan scarfnya yang kembang.

Vedran Corluka turut mengukuhkan tempatnya dibarisan pertahanan bersama Micah Richard dan Richard Dunne sebelum kemasukan duo Kompany dan Zabaleta membuatkannya terpinggir dan membawa diri ke Spurs. Admin takkan lupa pertemuan di Stamford Bridge apabila ramai menjangkakan perlawanan ini akan diakhiri dengan jumlah gol yang banyak malangnya hanyalah kelibat Joe Hart mengutip bola di gawangnya apabila Chelsea tanpa belas kasihan membelasah City 6-0. Serba tidak menjadi permainan City kala itu dan sejak itu moral para pemain pun merudum dan bermula lah Winklehock Effect apabila City mula membuang mata dan rentak kemenanggan tidak mampu dikekalkan. Sedangkan sebelum pertemuan dengan Chelsea itu moral pemain City sedang memuncak.

Benjani Mwaruwari dibawa masuk dari Portsmouth pada perpindahan januari dengan tujuan mencari penjaring gol tulen kerana tiada penyerang prolifik dalam pasukan yang konsisten menjaringkan gol. Benjani membalas kepercayaan itu dengan menjaringkan gol dalam pertemuan Manchester Derby yang dimenangi City 2-1. City yang berhadapan tekanan jadual yang padat mula merudum dan dari top 3 mereka cuba kekal di top 4 atau slot ke UEFA Cup sekurang-kurangnya. Malangnya semakin hampir ke penghujung semakin pincang rentak city dan separuh kedua musim yang penuh kekecewaan itu diakhiri dengan menduduki tangga ke 9. Agak baik untuk pasukan seperti City yang sering berada di bottom 10 akan tetapi mereka bermula baik pada musim itu sebelum Krismas dan hilang fokus selepas januari. Musim itu ditutup dengan 2 insiden memalukan, pertemuan piala FA di Sheffield apabila longgokan belon di gawang Joe Hart menyebabkan dia keliru dengan pergerakan bola dan bolos, aksi penamat liga yang longlai di Riverside apabila diaibkan 8-1 oleh tuan rumah.

Dalam aksi longlai itu, Man City sudah menempah slot di UEFA Cup (Europa League) selepas layak dari ranking fair play award. Musim panas 08/09 Mark Hughes diberi mandat untuk membawa City maju selangkah ke hadapan dan bermulalah era Keluarga Al Nahyan di City.

Yang Benar
#ApostolosVelios

Eksklusif hanya di Info EFL Championship Malaysia
 


STATISTIK 🌻 | Satu lagi bantuan gol berjaya dibuat oleh Kevin De Bruyne dalam perlawanan awal pagi tadi 🎯

Dalam 5 liga terbaik Eropah, hanya Lionel Messi sahaja yang mempunyai jumlah bantuan gol yang lebih tinggi selepas pemain Belgium itu berpindah ke Manchester City pada September 2015.

📸 : FOX Soccer
✍🏼 : #Apisssssssssss
 

🗣 "I told my wife I'm going to play a little longer. After this lockdown, I cannot stay at home. I told her I'm going to take two years more."
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register