BTC USD 80,830.8 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man City Man city LATEST UPDATE, TALK, ISSUE, FEATURES

Status
Not open for further replies.
RASMI: Manchester City Keluarkan Kenyataan Bahawa Kelab Gantung Mendy Kerana Tuduhan Rogol Dan Cabul

https://**********/rasmi-manchester...gantung-mendy-kerana-tuduhan-rogol-dan-cabul/
 
#BHSukan Jaringan tunggal Bernardo Silva pastikan skuad bimbingan Pep Guardiola mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas empat aksi saingan EPL.

 

Guardiola gembira Silva kekal
​

September 12, 2021 @ 8:12am

FBL-ENG-PR-LEICESTER-MbbAN_CITY_1631406459.jpg


Pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva (kiri) menjaringkan gol melepasi penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel ketika saingan Liga Perdana malam tadi. - AFP


LEICESTER, United Kingdom: Pep Guardiola menegaskan dia gembira dapat mengekalkan Bernardo Silva di Manchester City selepas perancang Portugal itu memastikan kemenangan 1-0 di Leicester malam tadi.

Gol kedua Silva memberikan City kemenangan ketiga berturut-turut yang membolehkan mereka tidak jauh ketinggalan berbanding pendahulu Manchester United.

Pemain berusia 27 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan keluar dari pasukan juara bertahan itu pada penamat musim selepas Guardiola mengakui dia bimbang pemainnya tidak mendapat masa permainan mencukupi musim lalu.

Namun fasa perpindahan ditutup dengan Silva masih berada di Stadium Etihad dan bos City itu tiada masalah dengan keadaan itu.



Pep_Guardiola-12s_1631406463.jpg


Pengendali Manchester City dari Sepanyol, Pep Guardiola (tengah) melihat aksi anak buah ketika menentang Leicester City di Stadium King Power. - Foto AFP


"Ia bukan hanya kualiti permainan ditunjukkannya atau etika kerja dimilikinya," kata Guardiola.

"Kami gembira dia ada di sini dan pada masa depan kita akan lihat apa yang akan terjadi.

"Dia bermain sangat baik dalam dua perlawanan terakhir dan hari ini sekali lagi. Keserasian dengan Jack (Grealish) dan Joao (Cancelo) menakjubkan." - AFP


 

Grealish cemerlang bantu City belasah Leipzig
​

September 16, 2021 @ 7:51am

FBL-EUR-C1-MAN_CITY-RB_LEIcPZIG_1631750129.jpg


Pemain tengah Manchester City, Jack Grealish (kanan) meraikan jaringannya ketika berdepan RB Leipzig di Stadium Etihad dekat Manchester. - AFP


MANCHESTER, United Kingdom: Jack Grealish meledak gol pertama dalam Liga Juara-Juara ketika Manchester City membenam RB Leipzig 6-3 dalam saingan Kumpulan A awal pagi tadi.

Grealish mengakui keinginan bermain dalam Liga Juara-Juara menyakinkannya untuk meninggalkan Aston Villa bagi menyertai City dengan rekod perpindahan kelab pada penamat musim lalu.

Pemain sayap England itu menggunakan sepenuhnya kesempatan pada perlawanan pertama dengan gerakan solo pada babak kedua di Stadium Etihad.

Grealish juga membantu untuk gol pertama City menerusi hantaran sudut yang disudahkan Nathan Ake.

Ketika City diketepikan Cristiano Ronaldo apabila bintang Portugal itu memilih untuk menyertai Manchester United, Pep Guardiola percaya Grealish adalah pilihan tepat dengan persembahan baiknya.

"Saya menyukainya. Sejak beberapa minggu lalu, saya tidak sabar menanti perlawanan ini," kata Grealish.

"Saya akhirnya bermain dalam Liga Juara-Juara dan ia menakjubkan - muzik dan semuanya - dan aksi perlawanan mengatasi semuanya.

"Ketika saya berada dalam posisi itu, berlari ke dalam kawasan penalti dan saya bersaing satu lawan satu, ia berbaloi, ia malam yang hebat."

Gol sendiri Nordi Mukiele menggandakan kelebihan City sebelum Nkunku kembali mendapatkan satu gol.

Penalti Riyad Mahrez menjadikan 3-1 namun Nkunku kembali menemui gol sebelum Grealish menunjukkan sentuhan magisnya.

Gol ketiga Nkunku disusuli jaringan Joao Cancelo dan kad merah buat pemain Leipzig, Angelino.

Gabriel Jesus melengkapkan kemenangan buat City yang meraikan perlawanan ke-300 buat Guardiola. - AFP


 
Pep Guardiola confirms Man City plans to @MailSport: “We didn't buy any striker. Sooner or later this club has to. One day it’s going to happen”. 🔵 #MCFC

The plan is not to open talks for new striker in January but to prepare the plan/negotiations for the summer.
 
Manchester City 4-0 Leicester City HT:

xG: 2.39-0.43
Shots: 10-8
Shots on target: 6-3
Big Chances: 4-0
Touches in opp. box: 26-10
Possession: 74%-26%
Corners: 8-4
Fouls: 4-3

Three points seemingly in the bag for Pep Guardiola's men.
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register