BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mamat Khalid Stabil Selepas Pembedahan

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
mamat%2B1.jpg

Pengarah filem, Mamat Khalid, 51, berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil bagi membuka kembali saluran darah yang tersumbat di jantung di Pusat Perubatan Assunta, di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, menurut isterinya, Hasmah Hassan, 50, doktor masih membuat pemerhatian terhadap keadaan pengarah itu di Unit Rawatan Koronari (CCU) selepas pembedahan tersebut.

"Pagi tadi selepas tekanan darah tinggi Abang Mamat turun, doktor telah buat pembedahan kecil untuk membuka saluran darah yang tersumbat itu dan sekarang masih dalam pemantauan lagi.

"Namun keadaan dia semakin baik dan doktor beritahu mungkin dalam dua hari dia sudah boleh keluar," ujarnya.

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid dimasukkan ke Pusat Perubatan Assunta pada pagi Jumaat, selepas mengadu sakit dada.

http://www.cari.gold/2014/11/mamat-khalid-stabil-selepas-pembedahan.html
 
cepatla sembuh
 
Back
Top
Log in Register