BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mamat Khalid masuk ICU

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
mamat_khalid.transformed.jpg


KUALA LUMPUR: Pengarah filem, Mamat Khalid dimasukkan dalam Unit Rawatan Insentif (ICU) kerana mengalami masalah jantung di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, hari ini.

Isterinya, Hasnah Hassan, berkata faktor keletihan kemungkinan menjadi punca kesihatan Mamat terjejas kerana pengarah itu sibuk menyiapkan penggambaran drama di Taiping, selain terbabit penerbitan sebuah program realiti TV.

"Pagi tadi, dia mengadu sakit dada dan meminta supaya dimasukkan ke hospital. Doktor yang memeriksanya mendapati tekanan darahnya tinggi.

"Bagaimanapun, petang ini, keadaannya semakin baik tetapi masih dalam ICU. Pihak hospital sedang memantau keadaannya dalam tempoh dua hari ini sebelum membuat sebarang pemeriksaan lanjut," katanya.

Berikutan keadaan kesihatannya itu, Mamat Khalid tidak dapat hadir ke Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-26 di Seremban, esok.

Beliau adalah calon bagi kategori Pengarah Terbaik menerusi filem Rock Ooo...


http://www.bharian.com.my/node/14857
 
Klu jantung ni takut kolestrol tinggi jer
 
Back
Top
Log in Register