BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Malu rompak depan anak'

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: “Saya malu kerana merompak di hadapan isteri dan tiga anak,” kata seorang penganggur dalam rayuannya bagi mengurangkan hukuman selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan merompak menggunakan renjatan elektrik, bulan lalu.
Razamei Mad Noor, 44, membuat pengakuan itu selepas ditanya Hakim Zainal Abidin Kamarudin yang menegur perbuatannya melakukan rompakan di hadapan isterinya, 38, serta anak berumur sembilan hingga empat tahun.

Dalam keputusannya Zainal Abidin menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Razamei didakwa merompak beg tangan, kad pengenalan, lesen memandu, dua telefon bimbit, kad kredit, komputer riba dan wang RM2,321, semuanya bernilai RM6,000 milik peniaga, Shah Rul Aniah Mohamed, 34, dengan parang dan alat renjatan elektrik yang boleh menyebabkan kecederaan.

Perbuatan itu dilakukan di Galeri Tudung Hands, Wangsa Delima 6, Seksyen 5, Wangsa Maju di sini, pada jam 3.30 petang, 28 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Razamei didakwa merompak satu telefon bimbit dan wang tunai RM28 milik juru kecantikan, Anizan A Razak, 42, menggunakan alat renjatan elektrik di Salon Fiq Beauty Centre, Jalan Rampai Niaga 2, Wangsa Maju di sini, pada jam 5.15 petang, 27 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Hafiz Hussin manakala tertuduh diwakili peguam Shahrul Nizam Azmir.

Terdahulu, Hafiz mengemukakan beberapa barang kes yang dirampas daripada tertuduh yang antaranya parang, pisau dan dua alat renjatan elektrik.
Click Here

Hafiz dalam hujahnya memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan serius dan sanggup melakukan di hadapan isteri dan anaknya.

“Mangsa bukan sahaja seorang wanita, malah alat yang digunakan mengandungi kuasa elektrik 1,800 kilowatt sehingga menyebabkan mangsa cedera. Ia bukan senjata biasa digunakan penjenayah,” katanya.


Menjawab soalan Hakim Zainal Abidin, Razamei mengakui dia membeli peralatan renjatan elektrik itu dengan harga RM50 seunit di Thailand.
 
adoi kelakar plak rompak rm28 hengget.mosti dah terdosak bonar idup dio ni.
 
alhamdulillah... dia masih ada malu(iman)
 
taw plak malu..:)) kang anak ko ikut perangai ko plak..:(
 
mst tekanan hidup ni...tp tu ar..napa merompak gak yg dia nk nya..byk lg menda lain leh d wat nya...
 
desakan hidup agaknya.
 
jgn kutuk dier, kalo dah nk makan pun xder duit mmg boleh sampai tahap beg, borrow or steal..
 
silap rompak ke mmg tdesak sgt ni smpai rm28 je???ishhh.....
 
Back
Top
Log in Register