BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie Malbatt: Misi Bakara (2023) IN CINEMA 24 AUGUST 2023

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
1691732009028.png


Malbatt: Misi Bakara merupakan sebuah filem aksi perang ketenteraan Malaysia 2023 yang diarahkan oleh Adrian Teh. Filem ini dibintangi oleh Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari. Ia berdasarkan dari kisah benar tentang operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993. Filem ini akan ditayangkan pada 24 Ogos 2023 di Malaysia dan Singapura

MENGAMBIL inspirasi daripada kisah benar, MALBATT: Misi Bakara kini sudah bersedia untuk menggegarkan pawagam di seluruh negara pada 24 Ogos 2023.
Mengusung genre aksi dan patriotik, filem arahan Adrian Teh berdasarkan kisah benar tahun 1993 dan menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyelamatkan askar-askar Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia dalam kejadian Black Hawk Down.

Menurut Adrian, dia hanya berdepan dengan kesukaran dari segi membuat skrip kerana ingin memastikan momen dan pengorbanan setiap watak disampaikan dengan baik memandangkan filem itu berdasarkan kisah benar.

"Bagi saya, kesukaran ketika nak buat skrip sebab nak pastikan momen, pengorbanan setiap watak disampaikan dengan betul. Dari segi screen time tak ada masalah.

"Filem ini memang 90 peratus adalah benar. Benda-benda kecil itu pun memang benar berlaku sebagai contoh dialog Hairul yang mengatakan Malaysia berada di tengah-tengah antara Thailand dan Singapura.

"Tapi ada beberapa bahagian diletakkan sedikit hiburan untuk pastikan ia lebih dekat dengan penonton terutama watak Isa (lakonan Safwan Nazri)," kata Adrian ketika sidang media previu filem itu yang didakan di GSC Cinema, IOI City Mall 2, Putrajaya pada Selasa..
.



1691732122289.png



1691732077173.png


1691732099226.png
 
jumla kita gi reramai... ala ala gathering.
lepas tgk, kita lepak mamak buat review filem ni. haha
 
anak nak tgk magodon tu....ikan jaws tak logik.....wife nak tgk Malbat ni....aku nak tgk Barbie.....hahahah..yg mana satu ek....pening
gilir gilir la...
sebulan ada 4 minggu kan


dah kenapa ko nak tengok barbie?
 
Back
Top
Log in Register