BTC USD 82,974.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysiaku Tercinta

rimau

Fun Poster
Messages
642
Joined
Nov 28, 2006
Messages
642
Reaction score
14
Points
15
keratan utusan malaysia:

Wujud panel siasat kelemahan - Surat 1
BARU-BARU ini, pengakuan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad bahawa proses orang asing melepasi pemeriksaan Jabatan Imigresen di negara ini yang hanya mengambil masa kurang 60 saat dan merupakan rekod yang paling pantas di dunia, bukannya boleh dibanggakan kerana ia kini membawa masalah besar terutama kepada aspek keselamatan.
Keputusan kerajaan memperkenalkan visa ketibaan (VOA) akhir tahun lalu sebagai langkah merancakkan ketibaan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia tahun ini benar-benar mengundang padah apabila mengikut statistik, lebih 30 peratus daripada 120,000 pemegang VOA yang dikeluarkan sejak September tahun lalu masih berada di negara ini tetapi lokasi dan kegiatan mereka tidak diketahui.

Tidak diketahui juga apa terjadi ke atas 500,000 warga China yang sebahagiannya masuk sebagai pelancong tetapi kemudian hilang serta meresap ke dalam masyarakat negara ini. Begitu juga dengan hampir 400,000 warga India.

Itu belum lagi mengambil kira warganegara lain termasuk dari benua Afrika yang semakin ramai. Apa tindakan kerajaan untuk menangani isu ini?

Kebergantungan Malaysia terhadap pekerja asing amat tinggi terutamanya dalam sektor perkhidmatan, pembinaan, perladangan dan pembuatan.

Walaupun keadaan ini amat menguntungkan kedua-dua belah pihak iaitu Malaysia dan juga pekerja asing terbabit, namun kemasukan secara beramai-ramai dengan izin dan tanpa izin pekerja asing ini menjadikan masyarakat kita semakin merasai akan kesan yang timbul akibatnya.

Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun 2007 yang dikeluarkan Jabatan Imigresen dan Bahagian Perangkaan Demografi, Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah pekerja asing telah mencecah 1.98 juta termasuk hampir 400,000 pendatang tanpa izin (PATI) dan 10,000 yang ditahan di depoh tahanan.

Adalah dianggarkan terdapat 1.75 juta orang asing di Sabah termasuk lebih 322,903 orang warga asing dipercayai telah mendapat kad pengenalan Malaysia. Penduduk Sabah yang melonjak sebanyak 363 peratus daripada 648.693 pada 1980 kepada lebih tiga juta pada 2005 berbanding negeri Sarawak yang hanya naik 135 peratus daripada 976,269 kepada 2.3 juta.

Salah seorang ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, Samson Chin (PBS) telah menyebut mengenai nisbah penduduk dan PATI 1.5:1.7 yang memetik angka daripada Jabatan Perangkaan.

Data yang dikeluarkan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan (IPRD) tahun lalu menyebut terdapat 44,000 pelajar asing di negara ini. Daripada jumlah itu, 35,000 rakyat Filipina belajar di sekolah rendah dan menengah di Sabah, khususnya Tawau, Sandakan dan bahagian selatan negeri itu manakala Selangor pula terdapat seramai 3,000 pelajar.

Bimbang

Malah, di penjara sahaja, dikatakan 24,000 daripada 49,000 penghuninya adalah warga asing dengan pelbagai kesalahan termasuk merompak, meragut, membunuh dan memperkosa.

Terbaru, sebanyak 45,502 warga asing telah diusir pulang ke negara asal mereka dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini atas pelbagai kesalahan imigresen.

Sedangkan 1,600 pekerja asing membanjiri Malaysia akibat kelonggaran peraturan. Ini juga bermakna 1,600 x 30 hari x 8 bulan menyaksikan sebanyak 384,000 pekerja asing membanjiri Malaysia hanya dalam tempoh masa lapan bulan sahaja.

Pembangunan tiga wilayah koridor baru yang sedang dan akan berjalan lancar ini bakal mengundang kemasukan pekerja asing dalam sektor pembinaan. Maka, alternatif untuk mengatasi isu ini adalah kerajaan wajar melihat statistik pengangguran belia tempatan yang dikatakan mencecah 90,000 orang.

Begitu juga statistik yang memaparkan kira-kira 242,190 atau 3.8 peratus daripada 6.3 juta pelajar sekolah di seluruh negara gagal menamatkan persekolahan mereka sehingga ke tingkatan lima.

Kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan memelihara hak pekerja asing kita. Ramai warga asing tinggal di kontena-kontena, rumah setinggan dan pondok-pondok usang yang dibina di lereng-lereng bukit dan semak tanpa bekalan air dan sanitasi yang baik.
Maka kerajaan perlu mewajibkan majikan untuk menanggung kos membawa masuk pekerja asing dan bukannya membiarkan pekerja asing menanggung beban kos untuk datang ke Malaysia sebagai langkah untuk mengelakkan pekerja asing dieksploitasi oleh orang tengah dan ejen mereka.

Kerajaan juga harus menghentikan pengambilan pekerja asing melalui ejen-ejen sebaliknya menggunakan kaedah ‘G to G’ iaitu mengambil pekerja asing terus dari negara yang mengeksport tenaga buruh yang melibatkan kerajaan dan kerajaan sahaja. Dengan cara ini kita bukan sahaja dapat mengadakan kawalan ketat kepada pekerja asing malah kebajikan dan hak mereka terbela serta mengelakkan pekerja asing ini daripada dieksploitasi atau diskriminasi.

Kerajaan juga seharusnya mencontohi dasar pekerja asing negara Taiwan. Taiwan mempunyai pekerja asing tanpa izin yang sangat rendah kerana undang-undang di Taiwan memberi banyak perlindungan kepada pekerja asing yang berdaftar, dan ini menggalakkan pekerja asing mendaftar untuk menjadi pekerja asing yang sah. Misalnya, kerajaan membenarkan pembantu rumah yang dianiayai dan menghadapi gangguan seksual daripada majikan untuk bertukar ke bidang perindustrian yang memberi perlindungan kepada pekerja asing.

Selain itu, kerajaan Taiwan juga memberi bantuan guaman dan bantuan kewangan kepada pekerja asing yang dianiayai oleh majikan mereka. Selain itu, kerajaan Taiwan telah pun menubuhkan 20 pusat kaunseling di seluruh negara untuk membantu pekerja asing yang menghadapi pelbagai masalah dan juga memberi bantuan kewangan kepada 6 pusat perlindungan kepada pekerja asing yang menghadapi masalah yang dikendalikan oleh NGO.

Di Malaysia, apabila kontrak pekerjaan pekerja asing ditamatkan, visa kediaman mereka juga ditamatkan manakala di Taiwan, permit bekerja dan visa untuk bermastautin terletak dalam dua kementerian yang berlainan. Pekerja asing memohon permit kerja daripada Kementerian Buruh dan mereka memohon visa kediaman dengan pihak imigresen.

Apa yang kelihatan relevan dalam menangani isu ini adalah pertama menubuhkan panel khas menyiasat segala kelemahan, kecuaian dan penyelewengan berkaitan dengan kebanjiran pendatang asing.

Kini terdapat lebih daripada 200 syarikat yang telah diberikan kelulusan oleh kerajaan untuk mengambil pekerja asing dan juga terdapat banyak ejen yang beroperasi secara haram.
Maka dua persoalan harus ditimbulkan. Mengapa satu sistem yang holistik dan cekap tidak diwujudkan dalam menangani ejen-ejen yang beroperasi sama ada secara sah mahupun haram dan keduanya siapa pula yang bertanggungjawab memantau ejen-ejen pekerja asing ini. Adakah Kementerian Sumber Manusia atau Kementerian Keselamatan Dalam Negeri?

Kedua, satu penubuhan lembaga bebas yang harus menjadi badan tunggal dalam menyelaras dan bertanggungjawab berkaitan isu kemasukan pekerja asing. Harus diingat bahawa tanggungjawab pihak imigresen hanya memantau kemasukan pekerja asing melalui lapangan terbang. Lembaga bebas ini perlu merangka satu sistem yang menumpukan secara spesifik kepada isu-isu pekerja asing dan dalam erti kata lain lembaga bebas ini perlu mengambil alih tugas lebih daripada 200 syarikat ejen pekerja asing di negara ini.

Demi rakyat yang mendambakan sebuah kehidupan yang dipenuhi dengan kesejahteraan, ketenteraman dan bebas daripada sebarang bentuk penganiayaan oleh orang asing ke atas rakyat tempatan, kerajaan harus mengubah sistem pengambilan pekerja asing yang longgar ini kepada satu sistem yang komprehensif.

– S.M. MOHAMED IDRIS,

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).



Sapa dapat kontrak atau jadi syarikat agen agen ni...kroni kroni lah...kroni2 tu sapa lak...tau tau sendiri...:mad:
 
" Kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan memelihara hak pekerja asing kita. Ramai warga asing tinggal di kontena-kontena, rumah setinggan dan pondok-pondok usang yang dibina di lereng-lereng bukit dan semak tanpa bekalan air dan sanitasi yang baik ".


Laaaaaaaa...sepatutnya majikkan laa..yg bertanggungjawab...kenapa kerajaan pulak niiiii....habisss laaaa:((


sodih den ~X(
 
nih tahun melawat malaysia ke..???
tahun masuk malaysia...!!!...:-? :-?
 
" Kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan memelihara hak pekerja asing kita. Ramai warga asing tinggal di kontena-kontena, rumah setinggan dan pondok-pondok usang yang dibina di lereng-lereng bukit dan semak tanpa bekalan air dan sanitasi yang baik ".


Laaaaaaaa...sepatutnya majikkan laa..yg bertanggungjawab...kenapa kerajaan pulak niiiii....habisss laaaa:((


sodih den ~X(

tu la pasal..rakyat tak terbela, tapi nak bela rakyat asing..punkok nye kerajaan..
 
adoi...ape mcm skrg..lemas btul ngan rakyat asing ni..bukak tv dierong..dgr radio pon dierg..kuar umah melambak dieorg jgk...
 
Back
Top
Log in Register