jimie lee
Permanently Banned - Multiple ID

- Messages
- 5,244
- Joined
- Jul 1, 2011
- Messages
- 5,244
- Reaction score
- 839
- Points
- 111
Di sebalik penafian terhadap laporan kami pada 13 Oktober, pekerja Malaysiakini Premesh Chandran gagal untuk berkata benar dan mengakui bahawa sememangnya Malaysiakini di dalam perbincangan dengan Malay Mail.
Ini diakui oleh Steven Gan di bawah tajuk melodramatiknya bahawa beliau akan menjual Malaysiakini dengan melangkah ‘mayatnya’. Tetapi Gan bukanlah Karpal Singh.
Di penghujung artikelnya, Gan mengakui yang sememangnya Malaysiakini di dalam perbincangan dengan The Malay Mail.
Tidak jelas samada ‘Rocky Bru’ yang terkenal itu, yang beralih sekelip mata daripada mengkritik BN kepada menyokongnya (yang mengejutkan dan mengecewakan ramai penyokongnya), terlibat dalam perbincangan tersebut.
Gan kemudian berkata walaupun beliau mungkin menjual beritanya itu kepada The Malay Mail, ini tidak akan memberi apa-apa kesan ke atas dasar editorialnya. Beliau tidak menjelaskan kenapa Malay Mail yang pro-kerajaan itu akan menyiarkan berita yang positif untuk pihak pembangkang.
Kepentingan ekonomi
Setelah berkata bahawa beliau lebih rela mati daripada menjual Malaysiakini, Gan kemudiannya menyeru semua orang untuk memahami kepentingan ekonomi dalam penjualan beritanya itu kepada The Malay Mail.
Persoalannya, apabila The Malay Mail menjadi pelanggan terbesarnya, kepentingan ekonomi adalah ke atas beliau untuk memberi mereka apa yang mereka mahu, dari sudut ceita mahupun dasar.
Dengan ‘kepentingan ekonomi’ yang boleh menjeratkan, adalah lebih baik bagi Steven Gan untuk tidak membezakan di antara betul atau salah.
Perjuangan yang berlangsung di Malaysia hari ini jelas, baik lwn. buruk, hitam lwn. putih. Tidak banyak ruang untuk berlegar dalam ruang kelabu. Sesiapa yang memasuki ruang kelabu, berniat baik atau tidak, akan mendapati diri mereka telah berubah menjadi Gollum.
- Malaysia Chronicle