BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysiakini diserang DOS lagi

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
30b748e35065e0d9186ecfa181c7ad55.gif


Seperti dijangkakan, Malaysiakini sekali lagi menjadi sasaran serangan penafian perkhidmatan (DOS) yang bermula sejak jam 5 petang ini.

Bagaimanapun, infrastruktur pelayan baru Malaysiakini mampu mempertahankan lamanweb itu dan memastikan ia terus dapat dilayari orang ramai.

Malaysiakini menjangka serangan akan berterusan dan bertambah rumit dan sengit dalam tempoh 24 jam ini.

"Menguruskan serangan DOS sebenarnya adalah pertarungan sumber dan taktik.

“Selepas serangan DOS semasa pilihan raya negeri Sarawak April lalu, kami melihat masalah itu dari semua sudut. Namun tidak ada cara yang 100 peratus bahawa kami dapat menangkis semua serangan,” kata ketua pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran.

Namun, menurutnya, Malaysiakini akan terus memantau serangan itu dan mengambil langkah bagi memastikan orang ramai dapat terus mengikuti perkembangan terkini.

Jika perlu, Malaysiakini juga akan menyiarkan beritanya di platform wordpress dan blogspot serta memuat-naik laporan di Facebook Malaysiakini di www.facebook.com/malaysiakini

Sekiranya laman Malaysiakini disekat, orang ramai diminta mengikuti kami di Facebook untuk mengetahui alamat-alamat baru yang lain.http://www.malaysiakini.com/news/169346
 
Back
Top
Log in Register