BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia tersenarai program VWP Amerika Syarikat ?

Ms Senorita

Active Member
Messages
1,640
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
326
Points
41
attachment.php

KUALA LUMPUR: Artikel berita yang melaporkan Malaysia telah disenaraikan dalam Program Pengecualian Visa (VWP) Amerika Syarikat (AS) adalah tidak benar.

Perkara berkenaan disahkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur serta sumber Wisma Putra hari ini.

Kedutaan itu mendedahkan mengenai artikel palsu tersebut, mengatakan portal terbabit mempunyai semua tanda-tanda yang menunjukkan ia laman berita palsu.

"Artikel itu tidak benar. Jabatan Negara tidak ada membuat pengumuman baru-baru ini mengenai Program Pengecualian Visa," kata seorang jurucakap Kedutaan AS kepada The Star pada Rabu.

Laman web itu, News-AP, yang seperti cuba membayangkan ia ada kaitan dengan agensi berita antarabangsa Associated Press (AP), mendakwa Jabatan Negara AS telah menambahkan 10 negara, termasuk Malaysia, ke dalam senarai VWP negara itu.

Jurucakap kedutaan AS memberitahu The Star, jika benar kerajaan AS mahu membuat pengumuman besar seperti itu, maklumat tersebut akan dipaparkan di laman web rasmi dan platform media sosial miliknya.

Jurucakap itu juga menggesa rakyat Malaysia supaya mengambil berat tentang sumber sesuatu maklumat yang diperolehi.

"Perlu sedar yang tidak semua yang anda baca di Internet adalah benar dan kena sedikit sebanyak tahu apa tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu portal berita itu boleh dipercayai atau tidak.

"Jika anda lihat laman web yang mengeluarkan artikel itu, ia hanya berusia sembilan hari. Ia bukan sumber berita yang mantap, dan walaupun sekali pandang ia kelihatan seperti boleh dipercayai, ada beberapa tanda yang menunjukkan sebaliknya," katanya.

Jurucakap itu juga berkata dia tidak tahu apa motif pihak yang menulis artikel tersebut, sambil menambah bahawa ia hanya mengelirukan orang ramai.

Sementara itu, BH Online memetik sumber Wisma Putra memaklumkan pihaknya sudah merujuk kepada Kedutaan AS di Malaysia yang mengesahkan tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat negara itu mengenai VWP.

“Banyak pihak bertanyakan perkara ini kepada kami sejak berita itu disiarkan dan viral sejak pagi tadi, ia tidak benar,” sumber itu dipetik berkata.

Sumber : Astro awani
 
Attachments

Brunei dah dapat VWP ni. Asal Malaysia tak dapat2 lagi?

You are eligible to apply for admission under the Visa Waiver Program (VWP) if you are a citizen or national of one of the Visa Waiver Program countries listed below. Learn more about the eligibility requirements.

Andorra
Australia
Austria
Belgium
Brunei
Chile
Czech Republic
Denmark
Estonia
Finland
France
Germany
Greece
Hungary
Iceland
Ireland
Italy
Japan
Latvia
Liechtenstein
Lithuania
Luxembourg
Monaco
Netherlands
New Zealand
Norway
Portugal
Republic of Malta
San Marino
Singapore
Slovakia
Slovenia
South Korea
Spain
Sweden
Switzerland
Taiwan[1]
United Kingdom

[1]With respect to all references to "country" or "countries" in this document, it should be noted that the Taiwan Relations Act of 1979, Pub. L. No. 96-8, Section 4(b)(1), provides that "[w]henever the laws of the United States refer or relate to foreign countries, nations, states, governments, or similar entities, such terms shall include and such laws shall apply with respect to Taiwan." 22 U.S.C. § 3303(b)(1). Accordingly, all references to "country" or "countries" in the Visa Waiver Program authorizing legislation, Section 217 of the Immigration and Nationality Act, 8 U.S.C. 1187, are read to include Taiwan. This is consistent with the United States' one-China policy, under which the United States has maintained unofficial relations with Taiwan since 1979.

https://esta.cbp.dhs.gov/esta/
 
Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang faasiq datang kepada kalian dengan membawa suatu berita penting, maka tabayyunlah (telitilah dulu), agar jangan sampai kalian menimpakan suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar kebodohan, kemudian akhirnya kalian menjadi menyesal atas perlakuan kalian. [al-Hujurât/49:6].

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian prasangka adalah dosa. Jangan pula kalian memata-matai dan saling menggunjing. Apakah di antara kalian ada yang suka menyantap daging bangkai saudaranya sendiri? Sudah barang tentu kalian jijik padanya. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allaah Maha menerima taubat dan Maha Penyayang. [al-Hujurât/49:12].

Baca Selengkapnya : https://almanhaj.or.id/3445-mengapa-mesti-tabayyun.html
 
Mujur aku tak sebarkan berita2 tentang janji2 satu puak tu..
Skrg dah terbukti berita palsu dan menipu.
 
Vwp mesia nk dpt?jgn berangan lah..mesia ni bukan negara maju.

Mesia x lama lg jd negara mcm indon bangla yg rakyat terpaksa berhijrah cari pekerjaan kt luar.

List2 yg dpt pun negara maju yg rakyat pun x berhijrah mencari mkn kt luar.
 
Selagi PATI dan Ronhinya bersepah tak terurus selagi tu jangan harap nak dapat VWP ni.
 
Back
Top
Log in Register