Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,766
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,766
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Malaysia Tegas Pendirian Krisis Asia Barat Harus Diselesaikan Melalui Dialog - Mohamad
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar Iran Abbas Araghchi pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Malaysia menegaskan bahawa segala pertikaian di Asia Barat perlu diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata pendirian itu disampaikan ketika pertemuan dengan Menteri Luar Iran Dr Seyed Abbas Araghchi di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negara Rakan BRICS 2026, di sini hari ini.
Mohamad berkata dalam pertemuan itu, beliau turut mendapatkan perkembangan terkini mengenai konflik di Asia Barat yang terus memberikan kesan terhadap kestabilan serantau serta keselamatan antarabangsa.
“Malaysia menegaskan pendirian bahawa segala pertikaian perlu diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa, demi menjamin keamanan, kestabilan serta keselamatan di rantau tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Pada mesyuarat berkenaan, Mohamad turut mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Luar Cuba Bruno Eduardo Rodríguez Parrilla.
Beliau berkata perbincangan menyentuh situasi geopolitik dan ekonomi semasa di Cuba, selain perkembangan terkini di Asia Barat yang terus menjadi perhatian masyarakat antarabangsa.
Katanya, Parrilla turut menzahirkan penghargaan atas sokongan Malaysia terhadap usaha menamatkan sekatan unilateral Amerika Syarikat terhadap Cuba.
“Malaysia dan Cuba kekal komited untuk terus memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama di platform antarabangsa, termasuk BRICS, NAM dan G-77,” katanya.
Malaysia Tegas Pendirian Krisis Asia Barat Harus Diselesaikan Melalui Dialog - Mohamad
Mohamad Hasan, Iran, Cuba, India, Asia Barat