BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia tak perlu lagi import LNG

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Terminal regasifikasi milik Petronas di Sungai Udang, Melaka yang mempunyai kapasiti pengeluaran LNG sebanyak 3.8 juta tan setahun.


Menjelang 2016, Malaysia dijangka tidak lagi bergantung kepada import gas asli cecair (LNG) berikutan keupayaan negara membekalkan bahan api itu bagi permintaan domestik menerusi operasi di Loji LNG Train 9 di Bintulu dan Loji Gas Asli Cecair Terapung (FLNG) di pesisiran laut Sarawak.

Pengurus Besar Pengurusan Gas Malaysia, Perniagaan Tenaga dan Gas Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Ezhar Yazid Jaafar berkata, ketidakbergantungan itu mengurangkan risiko ketidaktentuan harga LNG global.

“Petronas kini membekalkan lebih 50 peratus gas bagi keperluan negara melalui pengeluaran domestik.

“Bagi memenuhi keperluan gas dan sektor tenaga, Petronas telah menyediakan kemudahan mengimport LNG melalui Terminal Regasifikasi (RGT) Sungai Udang, Melaka dengan kapasiti 3.8 juta tan setahun,” katanya pada sidang media pembentangan perkembangan industri gas asli di Semenanjung Malaysia di Melaka, baru-baru ini.

Katanya, Petronas juga merancang membina sebuah lagi RGT di Pengerang, Johor yang dijangka siap pada 2017.

Menurut Ezhar, sektor tenaga negara memerlukan pembekalan gas secara purata sebanyak 1,250 juta sehingga 1,300 juta kaki padu sehari.

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia juga bersedia melaksanakan harga pasaran terbuka menjelang 2017.

Katanya, mekanisme itu dapat meningkatkan persaingan dalam sektor gas dan pada masa sama mengurangkan bebanan subsidi oleh Petronas dalam perniagaan gas.
 
rege bleh turun tk.....
 
Ini berita gembira bagi kroni2 penyonglap & perompak UMNO & BN laknatullah...bolehlah buncitkan perut dgn taik2 haram gas petronas lepas ni.
 
"pada masa sama mengurangkan bebanan subsidi oleh Petronas dalam perniagaan gas"
...nampak tak selama ni menteri dok kata kerajaan terpaksa bayar subsidi gas dan minyak..sebenarnya petronas yg bekalkan dgn harga subsidi walaupun terpaksa import gas dr luar dgn harga pasaran.
 
Ape yg akan turun lg selain hujan n air mata

ada banyak....

turun bas, turun teksi, turun kereta, turun padang, turun tangga, turun lif, turun eskalator dll jenis macam turun yg tk melibatkan duit... :D
 
Back
Top
Log in Register