ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
James Dawos Mamit
SERI ISKANDAR - Malaysia bersedia membantu Indonesia menangani masalah pembakaran hutan di negara itu yang turut membawa masalah jerebu kepada negara ini.Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr James Dawos Mamit bagaimanapun memaklumkan sehingga kini tiada permohonan diterima daripada Indonesia berhubung bantuan menangani masalah itu.
"Kita bersedia memberikan bantuan kepada Indonesia, Namun tanpa sebarang permohonan daripada mereka kita tidak boleh ambil apa-apa tindakan," katanya pada sidang media selepas majlis penutup Rimba dan Alam SekitarTanggungjawab Anda (Rasta 2013) di UiTM Perak, semalam.
Hadir sama, Rektor UiTM Perak Prof Ir Dr Zainab Mohamed.
Beliau turut mengakui tidak mustahil masalah jerebu akan menjadi lebih buruk seperti yang berlaku pada 1997 jika kawasan pembakaran hutan bertambah luas.
Katanya, buat masa ini Malaysia hanya boleh memantau keadaan jerebu di negara ini dan menggesa rakyat amalkan langkah-langkah keselamatan yang disarankan seperti memakai topeng muka, mengurangkan aktiviti di luar rumah dan sebagainya.
"Sehingga kini, tahap indeks pencemaran udara (IPU) masih di tahap sederhana dan kita harap masalah jerebu akan berkurangan melalui langkah-langkah yang diamalkan di negara ini," tambahnya.
Dalam perkembangan lain James memaklumkan program Rasta 2013, acara tahunan kendalian Fakulti Seni Bina dan Landskap UiTM Perak diadakan untuk memberi kesedaran serta maklumat kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.