BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Perkukuh Mekanisme Pengurusan Pelarian Seiring Keselamatan, Kedaulatan Negara - Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Perkukuh Mekanisme Pengurusan Pelarian Seiring Keselamatan, Kedaulatan Negara - Ahmad Zahid​

39d77a34af2973c60fc09cecac1f33b36a43716949faf

Kredit: Laman Facebook Zahid Hamidi

Krisis pelarian global semasa menuntut Malaysia memperkukuh mekanisme pengurusan sedia ada bagi memastikan tanggungjawab kemanusiaan berjalan seiring dengan keutamaan keselamatan serta kedaulatan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu penting memandangkan dunia kini berdepan krisis pelarian yang semakin mencabar, dengan lebih 122 juta individu dipindahkan secara paksa akibat konflik dan ketidakstabilan global.

“Keadaan ini menuntut setiap negara, termasuk Malaysia, mempunyai dasar yang jelas serta mekanisme pengurusan yang mampu mengimbangi tanggungjawab kemanusiaan dengan mengutamakan aspek keselamatan dan kedaulatan negara.

“Saya percaya pengurusan pelarian bukan hanya tentang soal pentadbiran, tetapi juga soal menjaga keselamatan negara, khususnya dalam memelihara ketenteraman awam dan memastikan setiap keputusan yang diambil sentiasa berpaksikan kepentingan rakyat serta kedaulatan Malaysia,” katanya menerusi hantaran di laman di Facebook hari ini.

Terdahulu hari ini beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (JTPPPS) kali ke-6 bagi meneliti pelaksanaan dasar serta mekanisme pengurusan pelarian di Malaysia agar terus dilaksanakan secara lebih sistematik dan selaras dengan kepentingan negara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata mesyuarat itu turut memperhalusi pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) serta penyelarasan garis panduan akses pendidikan dan kesihatan agar lebih teratur, berlandaskan undang-undang dan mudah diselaras oleh agensi berkaitan.

 
Back
Top
Log in Register