BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Masih Aman???

antagenaiz

Super Active Member
Messages
6,433
Joined
Oct 24, 2007
Messages
6,433
Reaction score
75
Points
70
24/10/2013~ 13:47:15 PM

Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.

"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.


gila babee ke hape nih..:o

142504rxrrcwrektvwkwgs.jpg
 
Dua mati ditikam lelaki penuntut ajaran sesat

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penuntut ajaran sesat bertindak menikam empat orang awam di dua lokasi berasingan di Stesen Putra LRT Taman Gombak dan Taman Melati di sini pagi ini.

Dalam insiden pukul 11.20 pagi itu, dua daripada mangsa mati di tempat kejadian manakala dua lagi cedera parah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika mengesahkan perkara itu berkata, jarak antara dua kejadian terbabit adalah kira-kira tiga kilometer.

"Suspek berjaya ditangkap oleh orang ramai dan ketika ditangkap mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
gile la. main tikam je org awam. ni bukan langgar lari, ni da langgar tikam. ngeri.
 
gle ape ni
cari 99 mgsa ke ape
 
Malaysia masihh aman selagi keluarga menteri tidak kena ancam penjenayah


ini baru betul
 
WOOOOWWW..

ngeri la.. da la naik lrt pegi balik kerja...
 
Nk kata aman boleh,nk kata xaman pun boleh..tgk yg jwb tinggal kat mana..:-?
Psoalan bkn Malaysia..tp dimana...:-?
 
Back
Top
Log in Register