BTC USD 81,723.0 Gold USD 4,088.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Kini Ada Trio Rasid

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,648
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,648
Reaction score
38,262
Points
2,836

Malaysia kini ada trio Rasid​

23 Januari 2023 02:32pm

2066540.jpg


Alfi,Syakir dan Safawi,


BOLA sepak Singapura memiliki trio Fandi terdiri daripada tiga anak legenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Irfan, Ikhsan dan Ilhan yang mencipta nama selaku antara pemain terbaik di negara itu.

Irfan dan Ikhsan kini beraksi bersama pasukan Thailand, BG Pathum United FC manakala Ilhan pula bermain dengan kelab divisyen dua Belgium, KMSK Deinze.

Gandingan adik beradik itu menampilkan persembahan memberangsangkan untuk menjadi antara pemain penting kepada Singapura dalam kejohanan besar di peringkat antarabangsa.

Namun, kancah bola sepak Malaysia juga bakal diserikan dengan kehadiran trio Rasid terdiri daripada adik kepada kapten Harimau Malaya, Safawi iaitu Alfi dan Syakir.

Safawi yang pernah memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019 kini dipinjamkan daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) ke kelab Thailand, Ratchaburi FC untuk tempoh setahun.

Pemain berusia 25 tahun itu juga pernah berkelana ke kelab Portimonense SC selain menjadi watak utama dalam skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon.

Alfi pula sebelum ini beraksi bersama kelab JDT III dan pada musim depan akan bersama kelab Kedah Darul Aman (KDA) FC Bawah 23 tahun (B-23) manakala, Syakir kini sedang mengasah bakatnya bersama pasukan Terengganu III.

Mungkin penyokong bola sepak negara boleh menaruh harapan untuk melihat trio Rasid ini beraksi bersama dalam pasukan Harimau Malaya dan mencetuskan sensasi seperti yang dilakukan oleh trio Fandi di Singapura.


 
Alfi pula sebelum ini beraksi bersama kelab JDT III dan pada musim depan akan bersama kelab Kedah Darul Aman (KDA) FC Bawah 23 tahun (B-23)

manakala,

Syakir kini sedang mengasah bakatnya bersama pasukan Terengganu III.
 
Back
Top
Log in Register