BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia jadi penanda aras kerajaan UAE

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

rina-9.jpg


RINA Mohd. Harun bertemu Hessa Essa Buhumaid menerusi perjumpaan rasmi di Ekspo Dubai. - IHSAN KPWKM



PUTRAJAYA: Malaysia sentiasa dijadikan sebagai penanda aras kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aspek pelaksanaan dan menilai program pembangunan sosial negara tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, perkara itu dinyatakan Menteri Pembangunan UAE, Hessa Essa Buhumaid menerusi perjumpaan rasmi di Ekspo Dubai hari ini.

Katanya, perjumpaan tersebut berlangsung dalam suasana harmoni dan melambangkan persaudaraan dua negara yang telah lama terjalin, manakala kedua-duanya berbincang, bertukar pandangan dan idea berhubung perkembangan kedua-dua negara dan kumpulan sasar kedua-dua kementerian.


Ads by Kiosked
“Dalam perjumpaan berlangsung selama setengah jam itu, Hessa menunjukkan minat dan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dalam aspek kepakaran melibatkan program-program pemerkasaan yang dijalankan di negara kita.

“Ia seperti program pemerkasaan wanita, keluarga, warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, berhubung lawatannya ke UAE selama tiga hari yang bermula semalam.

Pertemuan tersebut turut dihadiri Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai, Mohd. Hasril Abdul Hamid; Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Fatimah Zuraidah dan Setiausaha Bahagian Antarabangsa KPWKM, R. Satish.


Dalam pada itu, Rina berkata, Hessa turut bertanya dan membincangkan peranan KPWKM dalam mengendalikan program Smart Start di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan JKM.

“Selain itu, sepanjang pertemuan tersebut, kami juga sempat membincangkan idea-idea dan perancangan kedua-dua negara sempena sambutan Hari Wanita yang akan disambut pada 8 Mac depan di seluruh dunia,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau terharu apabila dimaklumkan menjadi menteri Malaysia yang pertama diberikan penghormatan di Leadership Pavilion yang biasanya dikhususkan kepada ketua-ketua negara serta


Ads by Kiosked
“Terima kasih Kerajaan UAE, Hessa di atas segala penghormatan dan juga layanan cukup baik serta mesra kepada saya dan delegasi Malaysia yang lain,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register