BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Hanya Selangkah Lagi Capai Status Negara Berpendapatan Tinggi - Ramanan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Malaysia Hanya Selangkah Lagi Capai Status Negara Berpendapatan Tinggi - Ramanan​

c0dfa983ee08a6570386596f0d8aac6f6a644565a1f0e

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kanan) menyampaikan replika cek Juara Kontinjen Terbaik kepada penerima pada Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan (dua, kiri) dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (dua, kanan).


Malaysia kini hanya selangkah lagi untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi berdasarkan ambang pendapatan per kapita Bank Dunia, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.

Beliau berkata di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita Malaysia mengikut kaedah Atlas Bank Dunia telah mencapai USD 12,380 iaitu tertinggi sejak merdeka.

Beliau berkata saiz ekonomi negara yang diukur mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini meningkat kepada USD 472 bilion, juga nilai tertinggi sejak 1957.

“Bagi tahun kewangan 2027, ambang PNK per kapita mengikut Kaedah Atlas Bank Dunia bagi status negara berpendapatan tinggi ialah USD 14,376.

“Malaysia kini hanya selangkah lagi untuk mencapai status tersebut. Sudah tidak jauh daripada matlamat kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kemuncak ‘National Training Week’ (NTW) 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh di sini hari ini, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Ramanan berkata pencapaian itu menunjukkan negara berada pada landasan tepat hasil pelbagai usaha kerajaan dalam memperkukuh ekonomi, menarik pelaburan serta meningkatkan daya saing tenaga kerja.

Sementara itu, beliau berkata pengurusan dana yang telus amat penting kerana peluang meningkatkan kemahiran rakyat hanya dapat diwujudkan melalui institusi yang kukuh, dipercayai dan mempunyai kepakaran dalam pembangunan bakat negara.

Beliau berkata Program Latihan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) memainkan peranan penting dalam memastikan agenda pembangunan modal insan negara terus diperkasa, dengan Pulau Pinang merekodkan lebih 8,000 majikan berdaftar melibatkan 445,792 pekerja.

Ramanan berkata bagi separuh pertama 2026, kutipan levi latihan di negeri itu berjumlah RM129.72 juta, dengan RM113.74 juta telah disalurkan semula untuk tujuan peningkatan kemahiran tenaga kerja menerusi 125,398 latihan yang telah dijalankan.

 

MALAYSIA HAMPIR CAPAI NEGARA PENDAPATAN TINGGI!​

Selepas berpuluh-puluh tahun memasang cita-cita, Malaysia kini dikatakan hanya selangkah lagi untuk diiktiraf sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi mengikut penanda aras Bank Dunia.

Kedengaran macam berita yang sangat menggembirakan, tetapi persoalan yang lebih penting ialah:
adakah status ini benar-benar bermaksud kehidupan rakyat akan terus menjadi lebih baik?

Adakah gaji akan naik, kos sara hidup akan turun, atau ia sekadar satu pengiktirafan berdasarkan pendapatan negara secara purata?

Dalam video ini, kita akan kupas apa sebenarnya maksud status negara berpendapatan tinggi, bagaimana ia diukur, dan sama ada rakyat Malaysia benar-benar akan merasai manfaatnya dalam kehidupan seharian.

 
selangkah konon

buat lrt3 pun cam gampggg
 
Back
Top
Log in Register