BTC USD 81,179.8 Gold USD 3,999.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia bermula suram di Chonburi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,808
Joined
Dec 18, 2007
Messages
29,808
Reaction score
352
Points
141
3362883.webp

Malaysia memulakan kempen Sukan SEA Thailand 2025 langkah kiri apabila tewas kepada Vietnam dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium TNSU, Chonburi. FOTO: Football Association of Malaysia

SKUAD bola sepak wanita negara memulakan kempen Sukan SEA 2025 dengan langkah kiri selepas dibelasah juara bertahan, Vietnam 0-7 pada aksi Kumpulan B di Stadium TNSU, Chonburi, malam ini.

Vietnam mendominasi permainan sebaik wisel dibunyikan dengan Pham Hai Yen menjaringkan gol seawal minit keempat diikuti Nguyen Thi Bich Thuy pada minit ke-23.

Hai Yen sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-26 sebelum Tran Thi Hai Linh menambah jaringan buat Vietnam selang enam minit kemudian, sekali gus menyaksikan Malaysia ketinggalan 0-4 pada separuh masa pertama.

Aksi babak kedua menyaksikan Thai Thi Thao melengkapkan penguasaan pemenang emas edisi 2023 dengan jaringan hatrik pada minit ke-49, ke-59 dan ke-78, sekali gus memberikan permulaan sukar kepada Malayan Tigress dalam kempen Sukan SEA 2025.

Malayan Tigress  yang tiba di Chonburi pada Rabu akan menentang Myanmar pada 8 Disember sebelum bertemu Filipina pada 11 Disember di venue sama.

Juara kumpulan serta naib juara akan mara ke separuh akhir pada 14 Disember manakala perlawanan akhir dan penentuan tempat ketiga dijadual berlangsung pada 17 Disember. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register