DSAI memang seorang ahli politik yang bijak.Aku memang salute.Aku baru beborak dengan orang kuat Angkatan Muda Keadilan tadi.Memang strategi DSAI memang licik dan well-planned.Ada hikmahnya bila DSAI tubuhkan kerajaan selepas 16/9 dan bukannya on the dot pada 16.9.Bila DSAI tak bentuk kerajaan on the dot pada 16/9, maka pencacai pencacai pun akan melalak dengan hujah hujah bahawa DSAI penipu, tak tepati janji serta gimik politik.Hu hu hu.Memang kita dah tengok pun baik dalam TV dan dalam akhbar esok hari.Kalau kita ingat lagi masa kes pita lingam dulu, masa mula mula DSAI dedahkan, semua pemimpin UMNO melalak kononnya DSAI reka cerita dan nak cari publisiti.Walaupun DSAI ada semua tiga siri rakaman itu awal awal lagi, tapi beliau memilih untuk dedahkan sedikit demi sedikit kerana nak tengok ragam pemimpim pemimpin BN.Ternyata memang benar ramalan beliau.Masa dedahkan kali pertama, semua melalak kononnya DSAI tipu, tapi bila DSAI dedahkan sambungan kedua dan ketiga, terus semuanya senyap membisu dan tak kata apa apa.Masa tu mereka tuduh pulak DSAI kononnya punyai motif kerana dedahkan sedikit sedikit.
So sama jugak macam kes 16/9 ni.Kita biar kan dulu pencacai pencacai kata macam macam dan kutuk macam macam, lepas itu kita beri satu pukulan KO yang tak boleh bangun lagi.Aku salute DSAI...Strategi yang amat ampuh dan tersusun.Sebab itu ramai penganalisa politik kata beliau seorang yang pintar berpolitik