oh.. lupe.. di k.l org kelantan ramai.. di penang pun sm.. di johor pasir gudang tu dh mcm kat pasir mas.. hmpr 40% wang yg masuk ke kelantan adalah dr anak2 kelantan yg merantau.. mereka nmpk peluang di negeri lain tp xnmpk ruang dinegeri sendiri.. kita pikir guna akal dan pandangan bukn hati..
dah agak dah isu ini pasti akan timbul, tapi jangan risau saya ada jawapan untuk isu ini.
Kelantan semasa di bawah UMNO merupakan negeri ke-2 termiskin di Malaysia. ini bermakna, penghijrahan orang Kelantan bukan bermula selepas PAS memerintah, ekceli semasa UMNO memerintah pun orang Kelantan ni suka merantau. tapi, ini ialah kisah 20-30 tahun yang lampau.
pasa masa itu, Kelantan memang miskin. tiada sebarang pembangunan, tiada sebarang ruang dan peluang diwujudkan. sektor perindustrian yang lembab, sektor swasta yang hidup segan mati tak mahu juga menjadi faktor utama kenapa orang Kelantan merantau keluar. ini perkara pertama.
perkara kedua selepas PAS ambil alih Kelantan, dan setelah 20 tahun PAS memerintah Kelantan. PAS telah menterbalikkan semua tu.
PAS mewujudkan ruang dan peluang. sektor swasta dan perindustrian semakin pesat di Kelantan. peluang-peluang pelaburan semakin banyak dan alhamdulillah, daripada no.2 negeri termiskin, menjadi negeri ke-6 paling miskin. satu kejayaan besar bagi PAS.
kalau dulu orang keluar Kelantan kerana tiada ruang dan peluang, kini kalau kita tanya mana-mana orang Kelantan yang kerja kat luar sekarang, terutamanya cikgu-cikgu, semuanya nak balik kerja kat Kelantan.
kalau tengok giliran nak posting Kelantan, memang FULL. semua pakat nak balik Kelantan. tapi apakan daya, nak kerja cikgu kena posting keluar dari Kelantan.
well, lupa nak beritahu. rakyat Kelantan terutamanya orang MELAYU ISLAM menguasai EKONOMI NEGERI INI. kalau sedara pernah datang Kelantan, sedara boleh lihat orang Melayu paling ramai berniaga di bandar berbanding negeri-negeri lain yang kebanyakan bangunan perniagaan mereka dikuasai oleh orang Cina.
dan kuasa beli orang Kelantan ialah paling tinggi dalam Malaysia. kenapa yer? kerana orang Kelantan tak perlu fikir nak bayar tol, nak bayar parking kat shopping complex kerana ia adalah PERCUMA.
so, ini ialah berkat PAS melaksanakan dasar Islam pada ekonomi, maka ekonomi akan dikuasai oleh orang Islam.
inilah buktinya, kita perlu menguasai POLITIK, barulah kita boleh menguasai SEGALA-GALANYA.