refer akta ni
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hasutan 1948.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini—
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan manamana
Negeri di Malaysia;
“menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan
dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau
apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan,
penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai
kecenderungan menghasut;
“penerbitan” termasuk semua perkara bertulis atau bercetak dan
segala benda sama ada atau tidak serupa jenisnya dengan perkara
bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang
boleh dilihat atau yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan
apa-apa cara lain boleh menggambarkan perkataan atau gagasan,
dan juga termasuk tiap-tiap naskhah dan keluaran semula atau
keluaran semula substansial apa-apa penerbitan;
“perkataan” termasuk apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan
perkataan atau gabungan perkataan yang berturut-turut yang lain,
sama ada secara lisan atau bertulis;
“Raja” ertinya Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-
Pertua Negeri mana-mana Negeri di Malaysia.
Kecenderungan menghasut
3. (1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan—
(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau
bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap
mana-mana Raja atau Kerajaan;
(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau
penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh
mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan
perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah,
apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di
dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah
oleh Kerajaan itu;
(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau
bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap
pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana
Negeri;
(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak
setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau
rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan
penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;
(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan
permusuhan antara kaum atau golongan penduduk
yang berlainan di Malaysia; atau
(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf,
kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif
yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan
Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara
152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.
(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1), sesuatu
perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain tidak
boleh disifatkan sebagai menghasut semata-mata oleh sebab
perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu
mempunyai kecenderungan—
(a) bagi menunjukkan bahawa mana-mana Raja telah
dikelirukan atau tersilap dalam apa-apa langkah yang
diambil olehnya;
(b) bagi menunjukkan kesilapan atau kecacatan dalam
mana-mana Kerajaan atau perlembagaan sebagaimana
yang diwujudkan oleh undang-undang (kecuali
berkenaan dengan apa-apa perkara, hak, taraf,
kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif
yang disebut dalam perenggan (1)(f) selain yang
berhubungan dengan pelaksanaan mana-mana
peruntukan yang berhubungan dengannya) atau dalam
perundangan atau dalam pentadbiran keadilan dengan
tujuan hendak membetulkan kesilapan atau kecacatan
itu;
(c) kecuali berkenaan dengan apa-apa perkara, hak, taraf,
kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif
yang disebut dalam perenggan (1)(f)—
(i) bagi meyakinkan rakyat mana-mana Raja atau
penduduk mana-mana wilayah yang diperintah
oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba untuk
mendapatkan perubahan, dengan cara yang
sah, apa-apa perkara di dalam wilayah
Kerajaan itu sebagaimana yang diwujudkan
oleh undang-undang; atau
(ii) bagi menunjukkan, dengan tujuan hendak
menghapuskannya, apa-apa perkara yang
menimbulkan atau yang mempunyai
kecenderungan untuk menimbulkan perasaan
niat jahat dan permusuhan antara kaum atau
golongan penduduk yang berlainan di
Persekutuan,
jika perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu
tidak, dengan apa-apa cara lain, sebenarnya mempunyai
kecenderungan menghasut.
(3) Bagi maksud membuktikan pelakuan apa-apa kesalahan
terhadap Akta ini niat orang yang dipertuduh itu pada waktu dia
melakukan atau cuba melakukan atau membuat apa-apa
persediaan untuk melakukan apa-apa perbuatan atau pada waktu
dia berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan apaapa
perbuatan atau pada waktu dia menyebut apa-apa perkataan
menawarkan untuk dijual, mengedarkan, mengeluarkan semula
atau mengimport apa-apa penerbitan atau pada waktu dia
melakukan apa-apa benda lain hendaklah disifatkan sebagai tidak
ber k a i t a n j i k a s ebenarnya perbuatan i tu mempunyai
kecenderungan menghasut, atau, jika dilakukan, akan mempunyai
kecenderungan menghasut, atau jika sebenarnya perkataan,
penerbitan atau benda lain itu mempunyai kecenderungan
menghasut.
Kesalahan
4. (1) Mana-mana orang yang—
(a) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apaapa
persediaan untuk melakukan, atau berkomplot
dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa
perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut,
atau, jika dilakukan, akan mempunyai kecenderungan
menghasut;
(b) menyebut apa-apa perkataan menghasut;
(c) mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk
dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apaapa
penerbitan menghasut; atau
(d) mengimport apa-apa penerbitan menghasut,
melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi
kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun; dan apaapa
penerbitan menghasut yang didapati dalam milik orang itu
atau yang digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraannya
hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan atau dilupuskan
dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh
mahkamah.
(2) Mana-mana orang yang ada dalam miliknya tanpa sebab
yang sah apa-apa penerbitan menghasut melakukan suatu
kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali
pertama didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan belas bulan
atau kedua-duanya, dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan
penerbitan itu hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan
atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang
diarahkan oleh mahkamah.