ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Abate (tengah) meraung kesakitan selepas bahunya terkehel pada perlawanan menentang Brazil, awal pagi semalam.
ITALI bukan sahaja menamatkan saingan peringkat Kumpulan A dengan nota kekalahan, namun terpaksa kehilangan dua pemain tonggak akibat cedera.
Pada aksi menentang Brazil, awal pagi semalam, pemain tengah Itali, Riccardo Montolivo mengalami kecederaan kepala dan menerima rawatan lanjut di hospital.
Manakala, pemain pertahanan, Ignazio Abate terkehel di bahagian bahu dan disahkan tidak dapat diturunkan pada perlawanan separuh akhir menentang Sepanyol.
"Kecederaan Abate sudah berkurangan, tapi dia sudah pasti tidak akan diturunkan pada perlawanan berikutnya.
"Mengenai Montolivo, kami akan pastikan dia kembali beraksi," kata doktor pasukan, Enrico Castellacci.