BTC USD 82,433.6 Gold USD 4,194.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malam Pertama Antara Dua Malam..

PROFESOR...
Sangat mulia hati anda
dan saya sangat berbangga..
sila bagi email anda untuk saya attachkan yang ori.
lagi satu prof mau dlm avi.mpeg,movie atau WMV..?
terimakasih
 
Teringat
saya satu kejadian
selepas solat Jumaat di
Masjid Wadi Hana Johor
(Bersebelahan Best World);
Sebelum
solat Jumaat imam dah announce ;
selepas solat nanti akan dibuat Solat Ghaib
untuk Sorang Hamba Allah yang meninggal di Indonesia,
lupa nama dia Syed apa..? berumur
lebih 80 tahun.

Selesai Solat Jumaat..
Macam biasa la di mana-mana
ikut pengalaman aku terus berbondong-bondong
jemaah kluar masjid; tinggallah dalam 10-12
saf yang solat Ghaib tu.


ALLAH MAHA BERKUASA...
Sebaik Takbir hujan serta merta turun dengan lebatnya.
tersangat lebat padahal tiada tanda-tanda nak hujan
malahan cuaca terang diluar.
semua jemaah yg kluar tadi termasuk yg belum sampai
ke kreta termasukla aku lari balik masuk Masjid.
Jemaah bersolat ghaib masih kusyuk.
Dah kita org yg nak balik tadi dok tengok dan tunggu
dia org solat.
dalam hati belum terasa apa2...

Selesai solat..
jam tu jugak hujan berhenti..
berhenti dengan mengejut.

tapi air mata aku pulak yg turun.
ada rasa kesal dgn kejadian tu
pasal aku tak turut solat sama..

selepas kejadian tu aku berhati2
maaf sekadar secebis kisah utk difikirkan.

kisah benar sebenarnya ini melibatkan saya
sehingga seminggu terfikir dan kesal sangat..
:((​
 
Cammna nak dload video ni ek? Aku nak bg student aku tngok..

tuan prof,
pegi kat download.com, download sofware yg namanya orbit

so senang nak download youtube
 
Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman,
orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu
diusung dari dunia fana ini ke kuburan?


Picture7-1.png
 
Apakah Malam Pertama Kita
di Alam Kubur Nanti
Asyik dan Nikmat atau
Penuh Derita dan Sengsara?"
 
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau
persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis
dan orang-orang bijak mengeluh.
Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada
di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia),
dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu
pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu
dan apa yang akan terjadi padamu di sana ?"
 
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan
dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai,
dunia yang diterangi dengan lampu-lampu
yang pelbagai warna dan sinaran,
dunia yang dihidangkan dengan pelbagai
makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai,
tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama
di dalam dunia yang kelam gelap-gelita,
lilin-lilin yang menerangi dunia adalah
amalan-amalan yang kita lakukan,
dunia sempit yang dikelilingi tanah dan
bantalnya juga tanah.
 
Pada saat kita mula membuka mata
di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan,
tempik raung memenuhi ruang yang sempit
tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa
betapa kita semua akan menempuhi
MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Di dalam usaha kita mempersiapkan diri
menghadapi malam pertama tersebut,

adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim
menggali liang kubur di rumahnya.
Bila ia mendapati hatinya keras,
maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati,
lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia,
seraya membaca ayat:
 
Back
Top
Log in Register