mrzack
Active Member
- Messages
- 2,245
- Joined
- Mar 6, 2008
- Messages
- 2,245
- Reaction score
- 5
- Points
- 25
Terserah....
Ermm.. Terserah kepada anda nak ikut pendapat mana. Ulama tersohor dan besar macam Syeikh Yusuf Al-Qaradawi pun dah bagi fatwanya. Terserah..
Cuba yg aku nak terangkan, jangan keliru. Memang ada hadits shahih mengenai fadhilat nisfu sya'aban iaitu:
"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)
Anda semua bacalah mana2 hadits shahih mengenai nisfu syaaban, ada tak dinyatakan amalan-amalan khusus seperti yang dibuat oleh kebanyakan orang selama ni? Tak ada kan?
Persoalan sekarang, nak amal ibadat apa malam tu?
Mudah sahaja jawabnya..
Buat apa sahaja amalan yang tak ditetapkan sekian-sekian amalan sahaja. Anda nak baca yasin banyak2 kali ke (tak semestinya 3 kali ajer), nak baca mana2 surah dalam al-Qur'an ke, nak berdoa banyak2 ke, nak solat malam ke, nak berzikir ke, tak kisah. Yang bermasalah di sini ialah, orang kita ni buat amalan yang ditetapkan dengan solat itulah, baca yasin 3 kali lah. Tak cukup dengan tu, dinyatakan pula fadilat2 kalau buat amalan tersebut dapat balasan sekian sekian. Siapa yg habaq? Rasulullah pun tak habaq. Dan ketetapan ini adalah seperti satu syariat, padahal ia ditetapkan oleh manusia.
Paham ke tak nih?
Mudah citer, pada malam nisfu syaaban tu, suka hatilah nak buat amalan apa selagi ia amalan yang baik. Jangan menterhadkan amalan tertentu sahaja yang kononnya ia adalah ajaran Rasulullah atau bersumberkan daripada hadits. Padahal takder satu pun hadits sahih yg menyatakan amalan2 khas dan tertentu untuk malam nisfu syaaban. Bagi yg dah selalu bangun malam dan berqiyamullail, buat ajer amalan yg biasa dibuat. Itu pun dah memadai.
So, sama2 lah kita buat amalan pada malam nisfu syaaban tu dengan mengharapkan keampunan daripada Allah. Dan diharapkan, start daripada malam tu, kita jadikan qiyamullail sebagai amalan yang konsisten walaupun tak hari2.
Sekali lagi aku memetik fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi* mengenai amalan2 khusus nisfu syaabaan:
*antara ulama' besar zaman sekarang
"Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Segalanya jelas bagi mereka yg mahu berfikir dan mencari kebenaran di dalam beramal kepada Allah Rabbul 'Alamin.
Wassalam.
Rujukan: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=90103