ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUALA LUMPUR 17 April - Malakoff Corporation Bhd. (Malakoff), menyasarkan untuk meraih RM3.15 bilion daripada tawaran awam permulaan (IPO) dengan sejumlah 1.52 bilion saham pada harga petunjuk maksimum RM1.80 sesaham.
Pengerusi Malakoff, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata, penyenaraian pada 15 Mei ini merupakan yang terbesar sejak 2012, mewakili 30.4 peratus daripada terbitan saham dan modal berbayar syarikat.
“Hasil IPO akan digunakan untuk menebus sepenuhnya Sukuk Junior Musharakah bernilai RM1.8 bilion manakala bakinya akan digunakan untuk pengembangan perniagaan, modal kerja serta yuran dan perbelanjaan untuk proses penyenaraian,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan prospektus Malakoff di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Pengerusi MMC Corporation Bhd., Tan Sri Syed Abdul Jabbar Syed Hassan; Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Bhd., Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Datuk Seri Syed Faisal Albar.
Syed Anwar berkata, amaun tersebut termasuklah 521.74 juta saham sedia ada dan satu bilion saham baharu.
Tambahnya, Malakoff mempunyai rekod yang baik dalam pembangunan, pengambilalihan serta operasi dan penyelenggaraan dalam industri loji jana kuasa dan penyahmasinan air.
“Kami berada di kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada pertumbuhan berterusan dalam permintaan elektrik dan air di pasaran,” katanya.
Tahun lalu, Malakoff mencatatkan perolehan sebanyak RM5.59 bilion dengan bahagian janakuasa menyumbang sebanyak RM5.39 bilion.