BTC USD 61,654.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maklumkan bila GST bermula

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KERAJAAN patut memaklumkan dalam Bajet 2014 bila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan supaya ketidaktentuan dalam pasaran dapat ditamatkan, menurut pakar cukai Lam Kwai Soon.

Kwai Soon berkata, kerajaan perlu menetapkan garis masa kerana terlalu banyak persoalan dan spekulasi yang timbul berhubung pelaksanaan GST termasuk kadar cukai itu.

"Orang ramai juga tertanya-tanya sama ada kadar cukai pendapatan akan diturunkan selepas pelaksanaan GST dan jika ya, apakah kadar baru cukai pendapatan? Semua ini mencetuskan keadaan tidak tentu dalam pasaran," katanya.

Beliau berkata, dengan garis masa yang jelas, pemilik perniagaan boleh bersedia lebih awal dan GST akan menjadi sistem yang baik untuk pembangunan jangka panjang.

Menurutnya, kerajaan juga tidak seharusnya hanya memfokus kepada memperluas asas pendapatan negara dengan melaksanakan GST tetapi juga perlu melihat kepada kawalan kos.

"Kecekapan organisasi kerajaan juga perlu diperbaiki, dengan cara itu sahaja saya rasa defisit boleh dikurangkan," katanya.

Selain itu, Kwai Soon berkata, banyak perusahaan kecil dan sederhana juga berharap akan ada penurunan dalam cukai pendapatan korporat menerusi Bajet 2014.

"Kerajaan juga perlu gunakan pendekatan yang lebih longgar berhubung pemotongan cukai dan elaun modal untuk beberapa aspek seperti ubahsuai pejabat atau yuran profesional bagi mendapatkan pembiayaan," katanya.

Beliau juga berkata, selain memberi perhatian kepada mencapai status negara berpendapatan tinggi, kerajaan perlu memberi perhatian kepada pengagihan kekayaan dalam negara.

Menurutnya, statistik menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia mendapat kesan negatif daripada tekanan inflasi yang tinggi.

"Lebih bermakna jika kita boleh mencapai status negara berpendapatan tinggi dan dalam masa sama memastikan ramai orang dapat menikmati pengagihan kekayaan yang lebih sama rata," katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/maklumkan-bila-gst-bermula-1.200360
 
projek GST ni spatutnya tamat bulan 10 ni.
sekarang ni network and application part sedang di finalize.

pelaksanaannya x pasti lagi bila.
 
satay hj samuri dan kebanyakan hotel dah caj gst
 
projek GST ni spatutnya tamat bulan 10 ni.
sekarang ni network and application part sedang di finalize.

pelaksanaannya x pasti lagi bila.

Siapakah anda... Apa yg anda komen mmg betul...
Dr MoF? Kastam? or Vendor? :):):)
 
satay hj samuri dan kebanyakan hotel dah caj gst

Yg dicaj tuh bkn lah GST yg dibincangkan sekarang... Yg itu Gov. Service Tax... Yg bakal dilaksanakan nnt Goods & Services Tax yg mana akan menggantikan Sevice Tax td...
 
Back
Top
Log in Register