BTC USD 85,857.3 Gold USD 4,150.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maklumat salah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PUTRAJAYA: Ramai pekerja asing sah dikesan melarikan diri beramai-ramai daripada majikan dengan membuang pasport serta dokumen sah bagi membolehkan mereka mengisytiharkan diri sebagai pendatang asing tanpa izin.

Tindakan itu dipercayai diambil bagi membolehkan mereka diputihkan menerusi program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang akan bermula 1 Ogos ini.


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam (gambar), berkata tindakan itu berikutan maklumat salah yang disebarkan pihak tertentu, kononnya mereka akan diputihkan serta berpeluang bekerja di negara ini untuk tempoh 10 tahun.

“Ramai pekerja asing melihat Program 6P sebagai peluang untuk melanjutkan tempoh kerja mereka di Malaysia, sedangkan keputusan untuk pemutihan hanya diputuskan selepas mengambil kira jumlah kekosongan sebenar yang diperlukan setiap sektor berkaitan.


“Lebih penting, ia juga berdasarkan jumlah baki yang tinggal selepas kekosongan itu diisi pekerja tempatan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.


Mahmood berkata, peraturan pekerja asing di negara ini hanya memberi kebenaran maksimum selama 10 tahun (5+5) kepada pekerja asing untuk bekerja di negara ini. Katanya, sebaik tempoh itu tamat, mereka perlu pulang semula ke negara masing-masing bagi tempoh minimum tiga bulan sebelum mengemukakan permohonan baru untuk masuk dan bekerja semula di negara ini.

“Berikutan itu, inisiatif pendaftaran ini perlu diambil serius oleh majikan untuk menangani kes pekerja asing yang dilaporkan melarikan diri beramai-ramai ini,” katanya.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 22 Jun lalu mengumumkan program penyelesaian menyeluruh pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin itu yang dikenali Program 6P, merangkumi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran. Ia adalah pakej lengkap yang akan menjadi pendekatan terkini kerajaan menangani isu pekerja asing dan Pati seperti diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kabinet Pekerja dan Pendatang Tanpa Izin dipengerusikan Muhyiddin. Melalui program itu kerajaan dapat memantapkan lagi pengurusan warga asing di negara ini, dengan mendapatkan data serta biometrik pendatang asing tanpa izin di negara ini, sekali gus mengetahui lebih tepat statistik mereka di Malaysia. Program itu dilaksanakan secara berperingkat selama enam bulan bermula 11 Julai lalu hingga 31 Disember depan dan kerajaan menaruh harapan yang amat besar untuk mengurangkan golongan berkenaan di negara ini.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Maklumatsalah/Article/index_html
 
huhu..takpa...pasni boleh jd ahli amno seumur hidop...hidop bangla...hidop nepal...hidop melayu
 
kenapa ade program pemutihan ni??? sepatutnya ditiadakan terus.....

untuk atasi masalah pendatang tanpa izin ni, buat operasi besar-besaran(tak le hangat-hangat taik ayam je), lepas tangkap, botakkan kepala, antar balik ke negara masing-masing, claim tambang tu dengan kerajaan mereka....
 
dengan bibik aku sekali lari
 
baik usir habis..tentang kekosongan pekerjaan pelbagai sektor lama2 akan di isi jgk dgn anak tempatan.dah tak sanggup dah tgk dorg kat cni..belambak..menyusahkan..buat tanah ni cam tpt dorg plak..:(scam
 
baik usir habis..tentang kekosongan pekerjaan pelbagai sektor lama2 akan di isi jgk dgn anak tempatan.dah tak sanggup dah tgk dorg kat cni..belambak..menyusahkan..buat tanah ni cam tpt dorg plak..:(scam

mana boleh. FD BN tu. Sesak2 boleh guna.
 
Back
Top
Log in Register