BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maki polis sebelum menangis

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Lelaki warga Vietnam yang memaki hamun polis melutut meminta maaf atas perbuatannya.
< 1 / 2 >
PUCHONG – Seorang lelaki warga Vietnam berlagak samseng memaki hamun polis dan enggan membenarkan anggota keselamatan itu menjalankan pemeriksaan ketika Ops Poket dilaksanakan di kawasan didiaminya, awal pagi semalam.

Lelaki itu yang menghuni sebuah rumah kedai di Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong bersama lima lagi rakan senegara mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak mahu membuka pintu rumah selepas anggota memperkenalkan diri sebagai polis.

Bagaimanapun, selepas anggota polis berjaya menembusi rumah kedai tersebut, lelaki berusia lingkungan 30-an itu tiba-tiba menangis dan meminta maaf atas ketelanjuran memaki hamun anggota yang menyerbu rumahnya.

Sambil mengulangi perkataan saya tidak salah beberapa kali, lelaki warga asing itu turut melutut meminta maaf kepada semua anggota polis termasuk pihak media yang mengikuti serbuan semalam.

Dia antara 69 warga asing diperiksa selepas dikenal pasti sebagai individu mencurigakan menghuni kawasan perindustrian berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Yong Soo Koon yang mengetuai operasi berkata, serbuan gabungan bersama Ops Cantas dilaksanakan Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Puchong.

Turut menyertai operasi Ketua Polis Balai Puchong, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin bersama 26 anggota.

Katanya, seramai 46 warga Myanmar, 12 warga Vietnam, enam warga Nepal dan masing-masing lima warga Bangladesh serta Indonesia diperiksa hasil serbuan dari rumah ke rumah.

Enam warga Myanmar dan masing-masing seorang warga Vietnam serta Bangladesh ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Seramai 20 daripada mereka turut menjalani ujian awal saringan air kencing. Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Puchong sebelum tindakan susulan diambil,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/maki-polis-sebelum-menangis-1.224424
 
ada sebut tak..kita 1Malaysia..?..:))
 
Sambil mengulangi perkataan saya tidak salah beberapa kali, lelaki warga asing itu turut melutut meminta maaf kepada semua anggota polis termasuk pihak media yang mengikuti serbuan semalam.

mesti dia sebut..apa saya punya salah..apa saya punya salah..?..:))
 
datang merempat kt sini nk tunjuk samseng plak.. elok sebat je dlu sblom hantar balik.. menghabiskan duit rakyat je menanggung manusia camni..
 
bile nak serbu Semporna
last week pergi Semporna rasa mcm kat indonesia je
xpun rasa mcm kat filipina..
bile pergi ke tawau baru rasa mcm kat malaysia..
 
encik polis, apa salahan saya?
 
bile nak serbu Semporna
last week pergi Semporna rasa mcm kat indonesia je
xpun rasa mcm kat filipina..
bile pergi ke tawau baru rasa mcm kat malaysia..

kalu pegi pulau sebatik lagi bagus..macam tak tau ada kat mana..indonesia ke malaysia..:))
 
dapat masuk boh penerajang sedas...bodddoh
 
dasar tak sedar diri...datang merempat kat negara orang suka2 hati aje nak maki.
 
Back
Top
Log in Register