BTC USD 82,320.3 Gold USD 4,175.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

makhluk halus marah kena kencing dgn budak2

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
Tahun awal 80'an. Kampong Gunung Semanggol. Taliair berhampiran Maahad Al Ehya As Shariff.

Saya dan beberapa orang sahabat sekampong leka bermain di bahagian hujung tali air.

Kami berlari dari atas batas dan melompat terjun ke dalam tali air.

Bermandi-manda dengan hanya memakai spender.

Zaman indah kanak-kanak.

Tiba-tiba, lalu seorang lelaki warga emas, berkayuh dengan terkocoh-kocoh.

"Kenapa tok, macam kena kejar hantu je?" salah seorang sahabat kami menegur.

"Ada budak mati lemas ... dekat sekolah Ehya!" jawab orang tua itu sambil terus mengayuh deras.

Kami berpandangan sesama sendiri.

"Jom tengok!" serentak kami sepakat untuk pergi ke tempat kejadian.

Kami terus serlum pakaian dan berlari ke arah lokasi kejadian.

Hampir 1 km jaraknya dari tempat kami bermandi-manda.

Dari jauh telah kelihatan orang ramai berkerumun di tempat kejadian.

Kelihatan beberapa orang lelaki masuk ke dalam tali air dan menyelam untuk mecari mangsa.

Hampir sejam kami berada di situ.

Datang keluarga mangsa. Ada yang menangis dan ada yang berwajah duka.

Hampir menjelang Asar. Datang seorang lelaki dengan membonceng motosikal.

Dia bersalaman dengan Tok Penghulu. Dan bersalaman dengan seorang lelaki yang difahamkan beliau ialah ayah kepada mangsa.

Seorang sahabat saya memaklumkan bahawa lelaki tua itu ialah Dukun Buaya yang tinggal di Kampong Kubu Gajah, sebuah kampung yang berjiran dengan Kampong Gunung Semanggol.

"Eh, dia datang nak cari budak lemas ke nak cari buaya?" sahut seorang sahabat lagi.

Kami tertawa agak perlahan. Maklumlah zaman kanak-kanak, akal tak panjang.

Dukun Buaya mohon keizinan dari Tok Penghulu untuk memulakan usaha dan ikhtiar bagi mencari mangsa.

Dukun Buaya mengikat kejap kain batik yang dililit dikepalanya. Membuka kesemua butang bajunya, sehingga menampakkan bulu dadanya.

Dan menyinsing seluarnya sehingga para lutut.

Dia duduk ditepi benteng tali air.

Di pandang langit, mulutnya terkumat-kamit.
Di toleh ke kanan, mulutnya membaca Basmallah.
Di toleh ke kiri, mulut mengucapkan istighfar.

Dan serentak itu dia bangun. Di gigi air, dia menjentik air. Dia menggeleng.

Di anjurkan gerakannya ke kiri, sekali lagi dia menjentik air, sekali lagi dia menggeleng.

Dilakukannya gerakan yang sama.

Sehinggalah dia berganjak hampir 20 meter dari tempat kejadian. Dia terus melakukan yang sama.

Kali ini air tidak berkocak mahupun beralun.

Seumpama kita menjentik agar-agar yang telah keras.

Dia berpusing menghadap keluarga mangsa.

"Ingat, apa yang berlaku, kuatkan semangat dan jangan meraung, ini semua kehendak Allah..."

Dukun Buaya, akhirnya turun dengan perlahan ke dalam tali air.

Dia berenang ke bahagian tengah tali air, dengan menguak air seumpama seorang perenang.

Akhirnya dia berhenti. Dia mendongak ke atas, memandang langit.

Dan, terus tenggelam.

Kelihatan air berkocak begitu kuat. Kesemua yang melihatnya riuh bercakap sesama sendiri.

Tidak lama selepas itu. Kelihatan kepala Dukun Buaya.

Akhirnya Dukun Buaya timbul dan ...

Dia sedang memaut sekujur tubuh yang telah tidak bernyawa.

Dia bergerak perlahan menuju ke benteng. Dan apabila tiba di gigi air. Mayat kanak-kanak mangsa lemas itu disambut oleh beberapa orang lelaki yang berada disitu.

Ibu kanak-kanak itu terus pengsan apabila melihat wajah anaknya.

Suasana sungguh mengharukan.

Sebaik sahaja Dukun Buaya itu naik dan berdiri di tebing. Kelihatan dia berbincang sesuatu dengan Tok Penghulu. Tok Penghulu hanya mengangguk.

Dengan roman wajah yang manis. Tok Penghulu berkata. "Saya nak mohon kerjasama, Saya bukan nak menghukum. Boleh saya tahu, siapa di kalangan kamu yang mandi dan bermain dengan mangsa sebelum kejadian?"

2 orang kanak-kanak muncul dan mengaku, mereka adalah bersahabat dan bersama main dan bermandi-manda disitu.

"Begini, malam nanti, selepas Isyak, Datang ke rumah saya, dengan ayah kamu. Ada perkara yang mesti diselesaikan. Kamu jangan bimbang, kamu bukan bunuh orang. Cuma atuk ni nak 'bersihkan' kamu, itu sahaja." sambil merujuk kepada Dukun Buaya.

Malam itu. Kedua kanak-kanak itu datang bersama ayah dan ibu masing-masing ke rumah Tok Penghulu yang jaraknya tidak sampai 50 meter dari rumah Tok Wan saya.

Tok Wan saya sebagai peneroka asal kampong itu turut dijemput.

Sebaik semuanya telah tiba. Dukun Buaya memohon keizinan untuk memulakan upacara.

Setelah memberi salam dan menerangkan tentang apa yang berlaku pada siang harinya. Dukun Buaya memaklumkan yang upacara itu sebenarnya tidak salah dari segi hukum agama.

"Kita meminta dan berdoa terus kepada Allah. Cuma, kaedah rawatan adalah mengikut tradisi yang tidak bercanggah dengan agama."

"Sebelum kejadian, kamu kencing ke dalam tali air ... betul?" soal Dukun Buaya.

"Ya, tok. Kami berlawan siapa yang boleh kencing paling jauh..." jawapan jujur kanak-kanak itu mengundang gelak ketawa tetamu yang hadir.

Dukun Buaya terus mengusap bahu dan kepala kanak-kanak itu dengan sepenuh kasih sayang.

"Baiklah, saya suka dengan kejujuran kamu. Orang yang bercakap jujur, tuhan sayang, nabi pun sayang."

Maka upacara pun bermula.

Mereka diminta untuk berdiri di atas anak tangga rumah Tok Penghulu. Menghadap kiblat.

Dukun Buaya memnita mereka berselawat dan menghembuskan nafas mereka ke dalam tempurung yang berisi air.

Sejurus mereka terus meminum air yang telah dibacakan surah Yasin.

Dan selepas mereka minum air yang telah dibacakan selawat. Dukun Buaya terus membuka botol air, dan menuangkan air itu dari atas ubun-ubun kanak-kanak itu dan dia menggosok kepala, muka, bahu dan akhirnya tangan Dukun Buaya itu kelihatan memasukan tangannya kedalam seluar kanak-kanak itu.

"Bila saya kata kencing, kamu terus kencing ... faham?" arah Dukun Buaya.

Kanak-kanak pertama itu mengangguk.

"Sekarang kencing."

Dan kanak-kanak itu kencing dalam keadaan tubuhnya yang agak menggeletar dek kesejukan dan mungkin terasa malu.

Perkara yang sama dilakukan kepada kanak-kanak kedua.

Setelah sempurna upacara itu. Dukun Buaya terus mengarahkan Tok Penghulu memberikan mereka kain batik.

"Tanggalkan pakaian kamu, balik dengan memakai kain batik itu sahaja, tapi ingat, esok pulangkan balik kepada Tok Pengulu!"

Setelah setelai, semua tetamu memohon diri untuk pulang.

Tok Wan saya terus bertanya dengan tertib kepada Dukun Buaya. Apa yang sebenarnya telah berlaku.

Setelah menarik nafas panjang dan penuh kelegaan. Akhirnya Dukun Buaya mengkisahkan yang kanak-kanak itu telah kencing dan mengganggu 'kawasan tempat tinggal' makhluk halus.

"Makluk halus ini ... jin, syaitan dan iblis."

"Sebab itulah mereka marah, dan sembunyikan mangsa. Nasib baik mereka setuju untuk berunding, namun saya terpaksa juga bergelut dengan salah satu makhluk halus yang kelihatan seperti panglima berantai .... alhamduillah, kita berserah kepada Allah."

Dukun Buaya mengakhiri kisah yang menyayat hati.

Dan, sejak itu. Tiada lagi kejadian seumpama itu berlaku lagi.
 
Masuk hutan nak kencing berak baca bismillah dulu.Kemudian jangan melepas ikut suka. Hormat menghormati dan jaga adab sesama makhluk tak rugi.
 
Tak perlu mintak izin ..baca bismillah saja sebab semua ni milik Allah..bukan milik makhluk.
 
sapa kencing paling jauh...hehe
kalau sapa 'kencing' paling bnyk pulak???
 
Owh..tali ayaq tu..dok ada sampai la ni...kisahnya..
 
Back
Top
Log in Register