BTC USD 82,772.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makanan tanpa logo halal jakim

kancil biru

Legendary Member
gem
Messages
11,642
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,642
Reaction score
1,100
Points
191
Ringkasnya , jika sesuatu makanan yang tidak terdapat logo halal JAKIM dan dalam masa yang sama juga senarai kandungan / bahan makanan tersebut tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan , maka roti tersebut dihukumkan halal dan boleh dimakan.Apatah lagi jika makanan tersebut adalah makanan yang lazim dimakan oleh umat Islam , seperti roti , kicap , keropok dan sebagainya.

Ini kerana kaedah syarak ada menetapkan bahawa Sesuatu yang tersembunyi tidak perlu diselidiki ....

tetapi , sekiranya Majlis fatwa atau JAKIM telah menetapkan bahawa , setiap makanan yang boleh dimakan oleh umat Islam malaysia mestilah mempunyai logo Halal JAKIM atau mana-mana badan Syariah yang diiktiraf , maka disitu hukumnya menjadi wajib bagi setiap muslim memastikan logo halal JAKIM itu wujud pada setiap makanan yang dibeli sebelum memakannya.

Secara mudahnya , jika makanan tersebut diproses dan dijual oleh individu yang beragama Islam , maka secara logiknya , ia boleh dimakan tanpa sebarang was-was..

Jika ianya diproses dan dijual oleh orang bukan Islam , maka jalan terbaik untuk lebih selamat ialah makanan tersebut mesti mempunyai logo Halal JAKIM , walaupun pada dasarnya ia boleh dimakan.

Walaupun begitu , [tinggalkanlah perkara yang meragukan anda dan beralih lah kepada perkara yang tidak meragukan.(alhadis) agar tidak terjebak kepada perkara-perkara syubhat.
 
maklumat yang berguna..

tapi kalau nak pekena mee goreng ka..
nasi itik ka, x lalu sangat aihhhh....
[-(
 
patutnya kita tak perlukan logo halal..

pasal kononnya kita negara islam..

yang kita perlukan logo haramm..
 
Back
Top
Log in Register