BTC USD 84,571.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makanan Rohani

black_mask

Super Active Member
gem
Messages
5,588
Joined
Apr 6, 2008
Messages
5,588
Reaction score
529
Points
111
Makanan Rohani


Alhamdulillah, bersyukurlah kerana kita masih berselera untuk makan. Kita masih mampu makan beberapa kali setiap hari. Bermacam-macam jenis makanan kita masukkan ke dalam perut kita setiap hari. Malah ramai yang selalu menghitung 'nak makan apa hari ini?', 'kat mana kita nak makan hari ini?' serta pelbagai lagi ungkapan berkaitan dengan makanan.

Kita selalu memikirkan tentang makanan jasmani kita, akan tetapi kita jarang memikirkan tentang makanan rohani kita, malah ramai yang terlupa akan kepentingan makanan ini untuk kelangsungan hidup kita. Sebenarnya makanan inilah yang lebih penting daripada makanan yang kita masukkan ke perut kita. Ini kerana makanan rohani akan mampu memberi kekuatan tanpa sempadan kepada kita.

Alhamdulillah sebagai seorang Islam, kita dibekalkan dengan pelbagai amalan untuk makanan rohani kita. Bila bangun pagi kita diajar agar terus berwuduk serta menunaikan solat Subuh, kemudian kita isikan dengan sedikit zikir sebagai makanan roh kita. Namun begitu kita masih memerlukan tazkirah dan peringatan setiap masa agar hidup kita sentiasa berada di jalan yang benar.

Bayangkan orang yang tidak mengamalkan ajaran agama, adakah mereka memberi makan kepada rohani mereka? Apakah jenis makanan rohani mereka? Apakah makanan tersebut betul-betul mampu menghidupkan rohani mereka yang kelaparan? Itulah persoalan yang sentiasa bermain-main di fikiran saya.


http://www.youtube.com/watch?v=CG8wjptXGo8

​
 
Last edited:
Satu perbualan antara guru dan anak muridnya..

guru : Apakah yang paling dekat dalam dunia ini?
murid : Ibu bapa, guru, sahabat.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling dekat dalam dunia ini ialah mati.

guru : Apakah yang paling jauh dalam dunia ini?
murid : negara China, angkasa lepas.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling jauh dalam dunia ini ialah masa lalu.

guru : Apakah yang paling besar dalam dunia ini?
murid : Gunung, pokok.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling besar dalam dunia ini ialah nasfu kita.

guru : Apakah yang paling berat dalam dunia ini?
murid : Besi dan gajah.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling berat ialah memegang amanah.

guru : Apakah yang paling ringan dalam dunia ini?
murid : Kapas, kertas.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling ringan ialah meninggalkan solat.

guru : Apakah yang paling tajam dalam dunia ini?
murid : Pedang, pisau.
guru : Benar, semua itu juga betul tetapi yang paling tajam ialah lidah kita.​
 
Last edited:
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Alhamdulillah diizinkan lg olehNya untuk saya berkongsi dengan anda semua sedikit pengetahuan yg saya ada. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda makna/maksud zikir taubat Astaghfirullah Rabbal Baraya.

First time saya dengar zikir ni dari Munif Ahmad (penyanyi nasyid utama kumpulan Hijjaz), tp while searching on Youtube, sy terjumpa klip video dari Pelajar Madrasah Al-Junied Islamiah Singapura. Nice jugak melodinya dan menyentuh hati.

https://www.youtube.com/watch?v=LF4TRyHD30g&feature=youtube_gdata_player

Maksudnya:

Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

Hm, indahkan maknanye klu didengar bersama2 dengan zikir ini.

Ok,itu sahaja buat kali ini. Sekiranya ada kesempatan lain, saya akan berkongsi lagi dengan anda!

Sumber :: http://faizal.iits.com.my/makna-doa-taubat-astaghfirullah-rabbal-baraya/

​
 
Last edited:
Jika ada video2 @ kata2 yang menarik, boleh post disini ya, sy akan update dihadapan :)
 
Back
Top
Log in Register