BTC USD 80,569.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makanan ringan berbahaya

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
LONDON 2 Jan. - Kajian terbaru mendapati makanan ringan bukan sahaja merosakkan gigi dan menambah berat badan tetapi ia turut merosakkan otak.

Ini berikutan bahan kimia lemak trans yang ditemui dalam makanan berminyak dan makanan yang diproses, menghantar isyarat bercampur serta merosakkan otak.

Keadaan itu menyebabkan keupayaan otak untuk mengawal selera makan berkurangan.

Penyelidik dari Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, Gene Bowman berkata, pada dasarnya, dengan makan makanan ringan, otak lama-kelamaan semakin tidak berupaya dan tidak sedar apa yang telah dimakan dan membuatkan seseorang itu terus lapar dan makan.

‘‘Ia jelas lemak trans tidak baik untuk jantung dan otak,’’ katanya.

Kerosakan otak merupakan perkara terbaru dalam senarai masalah kesihatan yang berlaku ekoran pemakanan lemak trans atau lemak tidak tepu.

Walaupun, kajian Bowman agak terhad kepada responden di kalangan golongan berumur berkulit putih di Oregon, tetapi ia disokong oleh kajian-kajian sebelum ini yang mengutarakan perbezaan kesan makanan ringan yang sedap dan tidak sedap.

Restoran di New York dan Switzerland mengharamkan hidangan makanan yang mengandungi lemak trans. – AGENSI
 
bhaya gk cmni...mcm2 pnyakit leh dpt...
 
makan maggie pun sama... rosak otak.....
image001.jpg
 
laa..bukan dh lama ke taw mmg bahaya..
tp...suka jgk makan..:p
 
makann ringan mcm MC D ke atau cekedih(owg ganu pgl)tu?
 
sedap sangat susah nak tolak makanan ringan nih
 
makanan ringan, cam keropok ring2 tu ker?
 
ak dah kurangkan..anda bila lg..hehe
 
Back
Top
Log in Register