BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makanan HBM Untuk Minum Petang, Bukan Hidangan Utama - JKNPP

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,196
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,196
Reaction score
346
Points
141

Makanan HBM Untuk Minum Petang, Bukan Hidangan Utama - JKNPP​

636e883626436735f1a499a82603fde36aa93f9610cd3


Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menjelaskan makanan yang dipaparkan dalam gambar tular berkaitan sajian untuk pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan di Hospital Bukit Mertajam (HBM), dekat sini adalah sajian minum petang, bukannya hidangan utama.

Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr Zulhizzam Abdullah berkata sajian itu adalah sebahagian daripada empat hidangan yang disediakan kepada pegawai bertugas sepanjang hari iaitu sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam berdasarkan perancangan menu oleh Jabatan Dietetik dan Sajian HBM.

"Penyediaan menu dikendalikan oleh pegawai dietetik dan penolong pegawai penyediaan makanan berpandukan manual diet hospital Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Kementerian Kesihatan (KKM) untuk empat hidangan sehari (sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam) dengan jumlah nilai tenaga harian dianggarkan antara 1500 hingga 1800 kilokalori (kcal) sehari.

"JKNPP dan HBM mengambil maklum dan menghargai keprihatinan serta maklum balas orang ramai berhubung penyediaan makanan kepada pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya memahami gambar sajian yang tular itu mungkin menimbulkan persepsi berbeza apabila dilihat tanpa konteks keseluruhan penyediaan makanan sepanjang hari.

Sehubungan itu, Dr Zulhizzam berkata JKNPP dan HBM menghargai setiap pandangan yang diberikan dan akan terus meneliti ruang penambahbaikan bagi memastikan penyediaan makanan dilaksanakan dengan baik serta kebajikan pegawai yang bertugas sentiasa diberi perhatian selaras pekeliling yang berkuat kuasa.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai gambar makanan dengan beberapa keping biskut kering dalam bekas makanan plastik untuk pegawai perubatan bertugas atas talian di HBM.

Susulan gambar tular itu warga maya menganggap makanan itu sebagai menu yang sangat ringkas dan daif bagi petugas barisan hadapan kesihatan yang bekerja syif yang panjang justeru mengesa KKM menambah baik sajian tersebut.

 
Ok la tu ada minum ptg. Kami ada mkn mlm saja. Ambil pkl 5.30 ptg. Nasi putih 1 cawan, ikan atau ayam. Biasa 6 hari ikan rebus atau sambal atau kicap. Biasa anak selar. Dgn sayur sikit. Kalu ayam, biasa gulai atau asm pedas ayam potong 18. Bulan posa, dpt roti gardenia marjerin/jagung dgn telur. Mkn lewat mlm/lapar roti kering pack 1 kongsi dua org satu mlm.
 
Back
Top
Log in Register