BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makam Tujuh Beradik diroboh

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam merobohkan binaan batu di atas bekas tapak Makam Tujuh Beradik yang terletak di Pulau Besar dekat sini bagi membendung amalan khurafat di kawasan berkenaan.

Langkah itu diambil berikutan terdapat pihak tidak bertanggungjawab membina dua kubur baru bersebelahan tapak makam tersebut yang telah dipindahkan ke tempat lain sebelum ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, kubur baru itu dipercayai sengaja dibina oleh mereka yang melakukan pemujaan di makam tersebut sejak dua tahun lepas.

"Sebenarnya kawasan makam tidak lagi mempunyai kubur kerana kesemuanya telah kami pindahkan berdekatan Makam Sultan Ariffin tetapi beberapa pihak yang sering melakukan pemujaan telah membina semula kubur berkenaan.

"Kali terakhir binaan kubur tersebut dirobohkan ialah dua tahun lepas tetapi ia diwujudkan semula malah bilangannya bertambah menjadi sembilan pula,'' katanya selepas mengadakan operasi bersepadu merobohkan struktur kubur itu semalam.
 
yg pelik semua bangsa baik cina, india ngan melayu pergi pulau besar utk bayar nazar etc

tak paham2
 
sikit hari bala la tempat tu...teruk betul perangai manusia yg mengharapkan benda lain.aritu ada dokumentari psl pulau besar ni kat tv 1 tk slh..apa sudah jadi.
 
tapi bagus laa tindakan majlis agama robohkan tuh..

kalo x diorang menjawab akhirat nanti woo, sebab x buat apa2..

so aku setuju dgn tindakan diorang

:)
 
bukan tpt tu je yg dok amalkan khurafat...kalau aku laaa...aku tutup terus je pulau tu.....jgn bagi org pegi...kalau nak kata hilang sumbr rezeki..mugkin banyak lagi cara lain...kalau dah mmg rg duk situ mmg takleh wat ape laaa...
 
takde orang yang berkawal ke kat makam tu?tapi kalau berkawal pun maybe menakutkan kot.
 
masalahnya saper yg mula2 start buat mender2 tahyul nih...

dah tuh camner lak dia sebarkan sampai sumer org pn percayer ker gih situh..

pernah jadik kes2 pelik ker kat sini i.e nampak aper2 special ker..
 
jangan la sampai tutup..kat pulau besar ni best klu nak mendekatkan diri pd Allah..mmg r kat umah pun bole tp kat sini suasana dia lain..tenang.senang dapat kusyuk..hehe klu kat umah susah btol nak kusyuk:-?:-?
 
Back
Top
Log in Register