balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Laporan Sinar Harian, 7 Mac 2015.
< 1 / 1 >
KUALA KEDAH - Pesakit saraf genetik, Zunita Aziz, 26, meninggal dunia di kediamannya di Taman Sri Putra, dekat sini, selepas azan Subuh pada Jumaat lalu.
Selepas seminggu berita dipaparkan Sinar Harian, anak bongsu dari enam beradik berkenaan akhirnya pergi jua menghadap Ilahi, sekali gus menamatkan penderitaannya selama ini.
Kakaknya, Zaeza Aziz, 33, berkata, adik perempuannya yang mesra dipanggil Mak Su meninggal dunia ditemani ayah mereka, Aziz Hashim, 78, yang baru selesai solat Subuh.
“Sebaik ayah selesai solat Subuh berhampiran katil adik, dia memanggil arwah Mak Su beberapa kali. Namun, adik dilihat tidak memberikan reaksi seperti biasa.
“Sebelum habis nyawanya, Mak Su terbatuk dua kali. Walaupun, dia tidak mampu bercakap namun dia seakan-akan mengikut dua kalimah syahadah seperti yang diajarkan ayah,” katanya.
Zaeza berkata, dia tidak menyangka senyuman terakhir diberikan adiknya pada Khamis malam Jumaat merupakan petanda dia akan pergi selama-lamanya meninggalkan mereka.
Menurutnya, jenazah adiknya kemudiannya dikebumikan kira-kira jam 3 petang pada hari sama di Tanah Perkuburan Islam Lorong Mayat, di sini.
Meskipun sedih, namun Zaeza reda dan menganggap ALLAH SWT lebih menyayangi arwah Mak Su dan ingin mengurangkan penderitaan adik perempuannya.
“Mungkin terlalu merindui Mak Su. Saya ada bermimpi didatangi arwah Mak Su semalam. Dia yang kelihatan sihat lengkap bertelekung dan mukanya bercahaya,” katanya.
Katanya, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dan menyalurkan sumbangan meringankan beban mereka sekeluarga sebelum ini.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan keadaan seorang gadis yang hanya mampu terbaring lesu di katil kediaman mereka dengan saluran tiub tidak lekang dari tubuh.
Namun, keluarganya tidak mampu membiayai keperluan perubatan Zunita, sekali gus merayu bantuan disebabkan pendapatan mereka cukup-cukup makan sahaja.