underscore
Legendary Member

- Messages
- 19,745
- Joined
- Sep 20, 2008
- Messages
- 19,745
- Reaction score
- 5,497
- Points
- 486
Seorang bapa di Cornwall, britain, berjaya membantu isterinya melahirkan anak mereka. Kelahiran itu dengan bantuan dua bidan dari internet, Google dan YouTube.
Marc Stephens, mengaku tidak sempat membawa isteri kerana melihat air ketuban isteri sudah mula keluar.
Kerana panik, lelaki berusia 28 tahun itu terus ke mengadap komputer.
"Saya kunjungi laman Google sambil mencari tip untuk beranak, kemudian saya disarankan mengunjungi laman YouTube yang menampilkan beberapa video tentang prosedur persalinan," kata Stephens dalam tv BBC, Jumaat 1 Mei 2009.
Dengan sabar, Stephens mengikuti apa yang diterangkan video dari YouTube dan Google. Empat jam kemudian isterinya melahirkan dengan selamat sebelum ambulans tiba.
Bayi yang mereka beri nama Gabriel itu merupakan anak keempat.
"Dulu waktu mendapat anak pertama, saya hanya menatap wajah isteri. Kini, saya memberanikan diri melihat bahagian bawah tubuhnya untuk membantu dia bersalin," kata Stephens.