ermm...camne korang menilai kemajuan sesebuah negeri tu?
i) bangunan tinggi yg banyak?
belum cukup maju lagi kalau compare ngan KL, Selangor @ Penang. tapi
boleh setaraf dengan negeri2 lain.
ii) banyak shopping complex?
belum cukup maju sebab setakat ni yg paling gah pon KB mall. shopping
complex kat sebelah pasar siti tu pun rasanya baru bukak 2 thn lepas.
iii) kemudahan awam untuk rakyat?
belum maju sebab hanya ada bas2 & teksi. tapi still lebih kurang
sama dengan negeri2 lain selain KL & selangor.
iv) kemudahan asas (air & letrik)
belum cukup maju. hanya sebahagian kecik jer ada bekalan air bersih.
lain2 tempat kena guna pam air kalau nak dapatkan bekalan air. Umah
ayah aku kat dlm KB pun still guna pam air. tapi bagus gak sebab
takyah bayar bil

letrik pon cam negeri2 lain kat semenanjung
hampir semua tempat ada.
v) banyak kilang2 perindustrian?
ni pun belum maju. kena banyak improve utk yang ni untuk memberi lebih
byk peluang pekerjaan kat org tempatan. so takyah la org2 kelantan ni
berhijrah ke luar. bila lebih byk kerja..hasil negeri pun akan
bertambah sebab pendapatan rakyat negeri bertambah dan lebih ramai
akan berbelanja.
vi) kemudahan awam (hospital, sekolah)
yang ni hampir nak maju dah. hospital ada di setiap daerah. sekolah
pulak mmg byk lah. sebab tu tak heran kalau cikgu2 antara mereka yg
hidup senang kat kelantan sebab sekolah mmg cukup banyak.
vii) pusat pelancongan bertaraf 5 bintang
yang ni pun belum ada. so kalau nak menarik lebih ramai pelancong
asing mungkin boleh dipertimbangkan. area pasir puteh amat sesuai
kat2 area tok bali tu bleh dimajukan. pantai pon cantik kat sana.
so kesimpulannya macam mana kita menilai sesebuah kemajuan tu kena tgk gak. tapi bagus juga kalau kelantan tak berapa nak maju sebab lebih aman duduk sana. kalau negeri maju tapi jalan asyik jem jer (selalunya time cuti raya) memang sakit hati. org cuti2 nak berehat tak pasal2 bleh sakit jiwa sebab ni..