BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majukah KELANTAN?

Majukah Negeri Kelantan?


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
teringat ayam percik dan nasi kerabu yati...
 
Memang maju, tak dinafikan lagi...sebab di negeri Kelantan ni lah lahirnya sebegitu ramai Ulama2 tersohor...yg dikenali di nusantara...spt Tok Kenali..ilmu2 Tok Kenali dan anak2 muridnya yg juga menjadi Ulama2 adalah lebih advance daripada negeri2 lain pada masa itu....SATU KEMAJUAN !!!

kat Kelantan jugak banyak lahir para hafiz dan hafizah.., sekolah2 pondok begitu banyak sekali , melahirkan para ilmuan Islam..dikala belia-belia di KL sedang asyik leka dibuai arus hidup sosial....bergelumang dengan maksiat..
 
marah org kelantan kalau kata x maju...:)
 
Memang maju, tak dinafikan lagi...sebab di negeri Kelantan ni lah lahirnya sebegitu ramai Ulama2 tersohor...yg dikenali di nusantara...spt Tok Kenali..ilmu2 Tok Kenali dan anak2 muridnya yg juga menjadi Ulama2 adalah lebih advance daripada negeri2 lain pada masa itu....SATU KEMAJUAN !!!

kat Kelantan jugak banyak lahir para hafiz dan hafizah.., sekolah2 pondok begitu banyak sekali , melahirkan para ilmuan Islam..dikala belia-belia di KL sedang asyik leka dibuai arus hidup sosial....bergelumang dengan maksiat..

orang kelantan marah kalau kata dia x maju.... tp skrg ni kelantan mmg maju pun. orgnya pun kaya2 belaka. :D
 
KELANTAN ialah sebuah negeri yang mempunyai rakyatnya yang cukup unik. Sifat parokial mereka dikenali umum. Semangat kekelantanan - kedaerahan mereka cukup tebal. Mereka boleh sebulat kata dalam sesuatu keputusan atau berpatah arang jika mahu.

Apa sahaja, orang Kelantan boleh lakukan. Jika mereka mahu menukar kerajaan negeri sekarang yang telahpun diperintah oleh Pas selama 21 tahun (rekod yang belum boleh dipecah BN), mereka boleh lakukan. Jika mereka mahu BN perintah semula Kelantan pada PRU-13 ini, mereka boleh lakukan.

Sifat mereka seperti orang Cina. Jika orang Cina mahu beri kepada BN, mereka ramai-ramai akan beri undi, jika tidak mahu, mereka akan beri kepada DAP. Orang Cina (di Malaysia) juga mempunyai sifat-sifat parokial yang sama tebal seperti orang Kelantan.

Walaupun saya bukan orang Kelantan, tapi saya pernah bertugas di Kelantan 20 tahun dulu. Mendapat anak sulung juga di Kelantan. Terus terang saya katakan, saya amat kagum dengan sifat-sifat orang Kelantan - ada prinsip, tegas dan begitu enterprising (inovatif dan kreatif). Oleh kerana itu mereka 'boleh hidup' dengan jayanya di luar negeri itu. Jika orang Cina boleh ada 'Chinatown' orang Kelantan boleh mewujudkan Kampung Kelantan di mana-mana tempat mereka tinggal.

Tidak boleh dinafikan, di antara orang Melayu yang paling berjaya ialah orang Kelantan. Mereka berjaya bukan sahaja dalam sektor awam, malah juga di korporat. Peduli apa orang nak kata, orang Kelantan akan menjaga 'orghe' mereka. Bagi mereka sesama Kelantan adalah 'orghe kito'. Itulah semangat yang unik yang ada pada orang Kelantan - tapi tiada pada orang Melayu di negeri-negeri lain.

Blogger Das Kelantanisch memaparkan sifat lelaki Kelantan dari kacamata penjajah British yang dipetiknya dari buku Kelantan: A state of Malay peninsula (W.A Graham, 1908).

Graham dalam buku itu menggambarkan ''… lelaki Kelantan tinggi, mempunyai susuk badan yang baik, lebih kuat dari Melayu yang sebenar. Dia juga seorang yang bersifat lebih mesra, lebih terbuka dan kurang bengis berbanding sepupu-sepupu mereka di selatan. debonair (segak bergaya), ahli sukan yang baik dan pandai buat lawak… tapi dalam pada itu, sebenarnya dia juga adalah seorang yang penuh dengan muslihat, dan sentiasa berprasangka buruk… penipu.

Semasa Graham menggambarkan orang Melayu sebagai pemalas, beliau membuat perbandingan dengan lelaki Kelantan. Katanya: ''Di Kelantan, dia menanam kira-kira tujuh puluh tan beras untuk menjamu penduduk, dia menangkap dan mengeringkan ikan cukup untuk keluarganya dan untuk dieksport, dia menghasilkan tujuh puluh ribu pikul kelapa kering setiap tahun…"

Itulah serba sedikit sifat orang Kelantan seperti yang diceritakan oleh orang British zaman dulu. Orang Kelantan zaman sekarang tidak banyak berubah. Mereka akan mempertahankan mati-matian negeri mereka, orang mereka dan haluan mereka.

Tokoh politik Kelantan yang unik tapi amat kontras antara satu sama lain di zaman ini ialah Nik Aziz, Tok Pa dan Ku Li - singkatan nama yang bukan asing bagi kita semua.

Ketiga-tiga watak ini memang unik, versatil dan mewarnai politik negara ini. Tanpa Nik Aziz mahupun Ku Li dan Tok Pa, tidak ceria politik Malaysia.

Isu royalti minyak (RM) untuk Kelantan sedang diperjuangkan habis- habisan oleh ketiga-tiga watak ini.

Nik Aziz berhujah dengan sentimen politik yang tebal. Ku Li pula membentangkan fakta mengapa Kelantan layak menerima imbuhan tunai royalti minyak, sementara Tok Pa (yang baru melancarkan laman fbnya) mempertahankan bahawa Kelantan hanya layak menerima wang ihsan sahaja.

Maka itu ketiga-tiga mereka pun berdebatlah. Macam budak-budak sekolah berdebat dalam pertandingan bahas. Menarik juga hujah-hujah yang diberikan. Jika kita mendengar semuanya ada fakta belaka.

Rakyat Kelantan sedang menyaksikan perdebatan itu. Ku Li nampaknya menyatukan kekuatannya 'bergabung' dengan kumpulan Nik Aziz, walaupun putera raja itu masih dalam puak Tok Pa.

Tok Pa, melawan hujah-hujah mereka, dengan mengeluarkan iklan satu muka penuh di akhbar-akhbar perdana Melayu bagi menjelaskan mengapa imbuhan tunai royalti minyak tidak boleh diberikan.

Ku Li, tidak puas hati. Dalam blognya beliau berkata iklan royalti minyak sama sekali tersasar. ''Habis duit pembayar cukai saja," katanya.

Iklan itu menyatakan Kelantan tidak layak kerana telaga minyak berada di luar tiga batu nautika dari pesisir pantainya, maka ia tidak boleh mendapat imbuhan tunai itu. Begitu juga dengan Terengganu, Sabah dan Sarawak yang juga tidak layak menerima imbuhan 5 peratus daripada keuntungan minyak.

Namun Ku Li menjawab: ''Tapi tahun lalu, menurut laporan tahunan, Petronas mengeluarkan RM6.2 bilion dalam bentuk bayaran tunai, RM3 bilion kepada Terengganu, RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM0.9 bilion kepada Sabah." Ku Li bertanya lagi ketiga-tiga negeri itu pun tidak berada dalam lingkungan 3 batu nautika dari telaga minyak?

Tok Pa semacam tertekan. Satu laporan mendakwa beliau sedih dan kecewa kerana dituduh sebagai ''pengkhianat". Pengkhianatan kepada Kelantan? Sesuatu yang orang Kelantan atas sifat parokialismenya tidak akan sanggup melakukannya.

Maka itu, Tok Pa membuat pengakuan di Kota Bharu kelmarin, di majlis penyerahan cek RM800,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) untuk membayar elaun kepada iman-iman dan petugas masjid di negeri itu.

Tok Pa berkata jika beliau seorang pengkhianat, dia tidak akan menyokong jutaan ringgit disalurkan kepada pelbagai projek di Kelantan semasa beliau menjadi menteri Kabinet di tujuh buah kementerian sejak 1996.

Tahun lepas, kerajaan Pusat mengutip perolehan sebanyak RM300 juta sahaja dari Kelantan, tapi membelanjakan RM4 bilion, atau lebih 12 kali ganda, untuk projek pembangunan di negeri itu. Sekarang, mulai bulan depan, Tok Pa akan memastikan wang ihsan hasil dari minyak itu berjumlah RM20 juta akan mula diagih-agihkan untuk projek rakyat.

Memang benar kata Tok Pa. Walaupun Kelantan di bawah Pas, negeri itu terus mendapat faedah yang besar. Para pemimpin Kelantan di Pusat akan memastikan negeri itu terus menerima habuannya.

Sebenarnya Kelantan bukanlah miskin berbanding negeri-negeri lain. Hanya orang politik yang mengatakannya begitu.

Malah wang dari 'orghe kito' yang dihantar pulang dari perantauan ke Kelantan pun menjangkaui jutaan ringgit setiap bulan.

Persoalan mengapa Terengganu, Sarawak dan Sabah lebih beruntung daripada Kelantan seperti kata Ku Li?

Fomulanya senang sahaja. Terengganu, Sarawak dan Sabah berada dalam kerajaan yang sehaluan dengan Pusat. Mereka semuanya BN-biru dan dacing. Dulu semasa Terengganu di bawah Pas-hijau dan bulan, pun bising juga soal wang minyak ini.

Oleh itu, jika orang Kelantan mahu turut sama merasai imbuhan tunai itu, buatlah keputusan yang betul dalam PRU-13 kelak.

Hafal formula ini (Tok Pa + Ku Li - Nik Aziz = RM). Orang Kelantankan bijak-bijak belako.

SUMBER DI SINI
 
Last edited:
ambo sokong kelate maju... kelate terbaik
 
Back
Top
Log in Register