BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maju ke Malaysia dibawah pimpinan Mahathir?

pada zaman Pak Mahat..ramai jutawan melayu..usahawan2 melayu..tapi pada zaman PakLah dan Najib..banyak syarikat2 konglomerat bukan melayu..syarikat2 yang dulunya milik melayu skang sahamnya dikuasai oleh bukan melayu khususnya warga asing(terutama dari singapura dan hong kong)..apasal erk?:-?
 
Kenapa pula saya nak menipu? Drama Indonesia sendiri menunjukkan faktanya. Dan siapa kata masuk hospital kerajaan free? Kalau penjawat awam dapatlah free, kalau macam saya yang bekerja sendiri, siaplahlah duit nak bayar bil perubatan hospital.

Saya ada satu kisah benar, seorang kawan saya sangat susah (saya memiliki banyak kawan yang susah dari segi kewangan). Satu hari dia pitam dan dihantar ke hospital kerajaan. Doktor mengesahkan dia sakit akibat terlalu banyak tekanan perasaan. Dan dia ditahan di hospital untuk sehari.

Keesokkan harinya, doktor benarkan dia pulang sebab keadaan sudah normal, sampai waktu checkout sahaja, terus nurse menyuakan bil hospital sebanyak RM30.00. Kelam kabut dia meminjam wang dari kawan dia (waktu itu, saya berada diluar untuk urusan kerja).

RM30.00 memanglah nampak murah bagi kita, tapi adakah ianya nampak murah bagi golongan miskin seperti yang disiarkan oleh Rancangan TV3 Bersamamu? Betul, warga kalau nak beli apa-apa mesti berusaha mencari duit. Kalau warga sakit dan pada masa yang sama tiada mempunyai wang, bagaimana warga berkenaan untuk terus melangsungkan hidup?

Saya bercakap atas dasar kehidupan. Sebab itulah saya menekankan pengurusan ekonomi yang boleh mengimbangi diantara membantu warga dan memacu pertumbuhan negara. Dr.M memacu pertumbuhan negara, tetapi gagal membantu warga mendapatkan kemudahan asasi yang mencukupi.

sokong,..sokong,..skang ni nak masuk wad kena bayo dulu cengeram RM30.00...kalo ada lbelen kang dia kasik balik, tapi kalo caj ubat n wad tu lebih...kena tambah lagi la duit waktu nak kuar tu...aku tau la,..aku dh kena
 
Back
Top
Log in Register