Maju ke Malaysia dibawah pimpinan Mahathir?

CG Sponsors




badawidollah2

Active+ Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
4,237
Reaction score
33
Points
30
aku nak tanya pendapat kenkawan pasal mahathir
mahathir membawa kemajuan negara atau pun kemunduran negara?


aku mulakan dengan pendapat aku
ape yang berlaku sekarang adalah kesan daripada pemimpin kita 1 generasi yang lalu.

kemajuan dari suatu negara dapat dinilai dengan
1. economy
2. politic dan militer
3. knowledge dan technology
 
Last edited:
Sponsored Post

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,304
Reaction score
1,226
Points
221
aku nak tanya pendapat kenkawan pasal mahathir
mahathir membawa kemajuan negara atau pun kemunduran negara?


aku mulakan dengan pendapat aku
ape yang berlaku sekarang adalah kesan daripada pemimpin kita 1 generasi yang lalu.
kenapa tak kata kesan daripada parameswara jek :)):)):)):))
 

yokosarai

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Apr 20, 2008
Messages
2,688
Reaction score
30
Points
30
aku nak tanya pendapat kenkawan pasal mahathir
mahathir membawa kemajuan negara atau pun kemunduran negara?


aku mulakan dengan pendapat aku
ape yang berlaku sekarang adalah kesan daripada pemimpin kita 1 generasi yang lalu.
Hang ni baru keluar gua mana? cari lah topik yang lebih releven cth: macam mana nak mentakbir negara mengikut wawasan yang kau inginkan ke...:D

Thread ni akan jadi lebih perbalahan dari dapat feadah...:)
 

glyceraldehyde

Active Member
Joined
Oct 19, 2008
Messages
1,597
Reaction score
113
Points
33
Hang ni baru keluar gua mana? cari lah topik yang lebih releven cth: macam mana nak mentakbir negara mengikut wawasan yang kau inginkan ke...:D

Thread ni akan jadi lebih perbalahan dari dapat feadah...:)
die ajak bincang tu layankan ajelah... kalau x suke xpyh reply :D
 

maslinkcc

Fun Poster
Joined
Mar 29, 2008
Messages
707
Reaction score
13
Points
15
aku rasa ada banyak kemajuan yg dibuat di zaman mahathir daripada paklah ngan najib ni.
bukan aku nak kata aku sokong bn ke apa lah..tapi yg pastinya pada mata aku, zaman mahathir hidup kita tak susah sgt mcm sekarang ni.
sekarang ni semua harga brg naik sbb subsidi nak dimansuhkan.
sebab kerajaan dah tade duit.paklah saja kempen BN 1 bilion.
 

[email protected]

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 16, 2009
Messages
20,561
Reaction score
570
Points
166
Hang ni baru keluar gua mana? cari lah topik yang lebih releven cth: macam mana nak mentakbir negara mengikut wawasan yang kau inginkan ke...:D

Thread ni akan jadi lebih perbalahan dari dapat feadah...:)
btol 2 aku sokong....sekadar cadangan.....

Tajuk : sekiranya aku diberi pilihan menjadi perdana menteri corak pemerintahan camner yg akn aku buat....:)):)):))
 

badawidollah2

Active+ Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
4,237
Reaction score
33
Points
30
aku rasa ada banyak kemajuan yg dibuat di zaman mahathir daripada paklah ngan najib ni.
bukan aku nak kata aku sokong bn ke apa lah..tapi yg pastinya pada mata aku, zaman mahathir hidup kita tak susah sgt mcm sekarang ni.
sekarang ni semua harga brg naik sbb subsidi nak dimansuhkan.
sebab kerajaan dah tade duit.paklah saja kempen BN 1 bilion.
kemajuan pada zaman mahathir tu disebabkan apa yang pemimpin BN buat pada masa sebelum tu.

undang2, economy, politic, mentality bangsa, dan lain2.
sehingga tercipta manusia2 yang berpotensi yang kemudian dapat dimanfaatkan oleh mahathir.

mahathir pulak menciptakan generasi Racist, Sekularisme, Tergantung pada negara asing, dan lain2 (aku ambil yang buruknya sahaja).

encik Jib plak,
dengan konsep 1malaysia berusaha melawan konsep2 sekularisme yang sudah lama ditanamkan mahathir kepada kita (berhasil atau tidak, no comment la... aku ambil yang positif dari encik najib).
 

fareast262

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2007
Messages
4,010
Reaction score
7
Points
25
aku rs thread nih x berguna untuk di bincang kan..
melainkan klu TT kat ape dier sumbangan Tun M pada malaysia...
sebb setiap pemimpin punyai legasi dier masing2 dan mengikut kdaan semasa...
 

ahmades

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2009
Messages
496
Reaction score
38
Points
20
Malaysia tidak maju dibawah Mahathir, dan saya mempunyai hujah yang sangat jelas.

Kemajuan sesuatu negara bukanlah dinilai daripada banyaknya bangunan yang wujud tetapi dinilai daripada pendidikan. Warga yang menerima pendidikan yang sempurna adalah warga yang boleh memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Zaman mahathir sewaktu mula-mula memegang tampuk pemerintahan telah menukarkan pengajaran bahasa inggeris kepada bahasa melayu. Ini adalah langkah terbijak kerana didalam proses penyampaian ilmu kepada warga maka haruslah kita menggunakan bahasa ibunda warga itu sendiri supaya ilmu boleh difahami dan dikembangkan lagi.

TAPI,

Zaman mahathir tidak langsung menggariskan keperluan pendidikan dan tiada langsung menetapkan objektif didalam menghasilkan warga yang berilmu pengetahuan.


PERTAMA : Proses pengilmuan

Zaman mahathir tidak ada langsung proses menterjemahkan ilmu-ilmu yang diperolehi daripada buku-buku timur dan barat ke dalam bahasa melayu. Sekiranya tiada proses penterjemahan ini, warga akan sukar untuk memahami ilmu berkenaan dan lebih teruk lagi, warga tidak dapat memperkembangkan lagi displin ilmu tersebut.

Maka, tidak gunalah malaysia memiliki Universiti kerana fungsi Universiti itu sendiri menjadi institusi yang mengkaji dan memperkembangkan displin ilmu pengetahuan kepada warga.


KEDUA : Tidak Berkembang

Tanpa ilmu yang cukup, warga negara akan sukar untuk berkembang dan sukar untuk terlibat didalam ekonomi. Warga akan menjadi sukar untuk menghasilkan satu-satu ciptaan menggunakan teknologi yang sedia ada.

Tanpa ilmu yang mantap, pengurusan ekonomi warga menjadi berkecamuk dan ekonomi akan lebih dikuasai oleh mereka yang arif dengan teknologi. Lihat sahaja hari ini, Proton yang diasaskan menerusi kerjasama syarikat Mitsubishi masih lagi gagal menghasilkan kereta terbaik setanding dengan spesifikasi dunia. KIA Motor yang lebih muda dari Proton sudahpun maju berpuluh-puluh tapak kerana menguasai teknologi dalam bahasa mereka.


KETIGA : Sukar Untuk Maju

Tanpa ilmu yang mantap, kemajuan warga akan menjadi lebih lembab. Buktinya?

  1. KIA Motors lebih muda daripada Proton, tetapi lebih maju dan baik daripada Proton
  2. Malaysia negara terawal memperkenalkan Broadband berbanding Thailand. Tetapi Rakyat Thai menikmati kelajuan Internet lebih laju dan pantas berbanding rakyat Malaysia.
  3. Malaysia adalah negara yang bebas ancaman alam, tetapi masih gagal untuk menjadi HUB INTERNET DUNIA berbanding Korea yang sentiasa dilanda gempa bumi

Dan banyak lagi, kalau hendak disenaraikan. Kalau kita memiliki kelemahan ini, bagaimana warga negara lain ingin berurusan dengan kita dan ingin berniaga dengan kita?

Ukurlah ekonomi dengan sistem pendidikan warga. Kerana dengan pendidikan yang sempurnalah maka warga Malaysia akan terus maju dan maju.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register