BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2017

Status
Not open for further replies.


Sukacitanya dimaklumkan bahawa kami akan menganjurkan sebuah acara kewangan terbesar pada tahun ini - Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2017. Majlis paling berprestij ini bakal diadakan pada tanggal 21 Oktober, 2017. Sejumlah besar pedagang InstaForex dijangka akan berkumpul di tingkat 14, salah sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur - Hotel Berjaya Times Square.

Begitu banyak kejutan menanti anda di Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2017 yang didedikasikan untuk sambutan ulang tahun ke-10 syarikat kami. Anda pasti ingin berkongsi perasaan anda dan memberitahu semua orang mengenai suasana majlis malam itu nanti. Pendaftaran kini telah dibuka. Segera mendaftar kerana pelanggan yang mendaftar untuk menyertai Majlis Makan Malam Perdana sebelum penghujung bulan Ogos akan menikmati keistimewaan tambahan!

Malam 21 Oktober pasti akan menjadi detik manis dalam lipatan memori anda yang tidak mungkin dapat dilupakan! Butiran penuh mengenai Majlis Makan Malam Perdana InstaForex akan diketahui tidak lama lagi.
Sekiranya anda sudah bersedia untuk mengambil bahagian di dalam Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2017, maka:

Anda harus mempunyai sekurang-kurangnya AS$250 dan 1 lot dagangan pada akaun anda untuk pendaftaran biasa
untuk pendaftaran VIP, anda harus mempunyai tidak kurang daripada 10 lot dagangan dan AS$2,500 dalam akaun dagangan
pendaftaran hanya terbuka untuk pelanggan yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.

Para pelanggan yang menetap di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Ipoh, Kedah, dan Pahang akan disediakan dengan kemudahan bas mewah untuk perjalanan pergi dan balik secara percuma ke majlis tersebut.

Kami berasa amat teruja untuk bertemu dengan anda pada 21 Oktober, 2017 mulai jam 6 petang hingga 11 malam di Kuala Lumpur — 1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Maklumat Lanjut: https://www.instaforex.com/ms/grand_dinner_2017.php

bila insta nak announce tarikh dinner tahun ni. tak sabar nak daftar
 
Status
Not open for further replies.

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14718
USD / JPY
156.167
GBP / USD
1.33866
USD / CHF
0.82481
USD / CAD
1.39892
EUR / JPY
179.152
AUD / USD
0.70906
Back
Top
Log in Register