BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis kahwin tidak perlu keterlaluan.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
KUALA LUMPUR 7 Dis. – Agama Islam tidak menuntut umatnya untuk berlebihan-lebihan dalam perbelanjaan majlis perkahwinan sehingga terpaksa berhutang dan menderita akibat masalah kewangan.

Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, kenduri untuk majlis perkahwinan merupakan perkara sunat, namun tidak perlu dilakukan secara keterlaluan sehingga melampaui tahap kemampuan.

“Dalam satu riwayat diceritakan, Abdul Rahman bin Auf hendak melakukan perkahwinan, maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Hendaklah kamu mengadakan walimah (kenduri) walaupun dengan seekor kambing.

“Kita perlu faham bahawa Abdul Rahman bin Auf merupakan seorang yang kaya-raya pada ketika itu, namun Rasulullah hanya menya*takan seekor kambing sedang Abdul Rahman mempunyai kemampuan kewangan jauh lebih banyak daripada perkara itu,” katanya.

Menurut Fathul, perbelanjaan kahwin yang melebihi kemampuan adalah pembaziran dan sesungguh*nya agama Islam tidak meletakkan umatnya dalam keadaan yang sukar.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, umat Islam juga perlu faham bahawa ‘hantaran’ adalah hanya adat dalam kalangan masyarakat Melayu manakala perkara yang diwajibkan dalam Islam adalah mahar perkahwinan.

“Dalam satu hadis, mengajar isteri membaca al-Quran pun boleh menjadi mahar, kita kena faham bahawa Islam tidak menetapkan had untuk mahar tetapi lebih sedikit lebih diberkati kerana Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang,” katanya.

Menurut beliau, majlis perkahwinan tidak perlu dibuat dalam keadaan menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah kerana keredaan yang dicari bukannya daripada manusia tetapi keredaan daripada Allah SWT.

“Saya bimbang sekiranya dijadikan perbelanjaan kahwin menjadi keterlaluan sehingga menyusahkan orang untuk berkahwin, memang ada kebertanggungjawaban untuk orang berkahwin untuk membuat persediaan dalam pelbagai perkara termasuk kewangan tetapi kalau berbelanja lebih daripada kemampu*an, itu sudah bercanggah dengan prinsip Islam,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/majlis-kahwin-tidak-perlu-keterlaluan-1.33834
 
Back
Top
Log in Register