BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis berkhatan bertukar trajedi.....

dyla shahri

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,918
Joined
Dec 2, 2009
Messages
22,918
Reaction score
1,040
Points
191
TASEK GELUGOR 4 Dis. – Kemeriahan majlis berkhatan sebuah keluarga petang semalam bertukar tragedi apabila rumah mereka yang terletak tidak jauh dari tempat majlis itu berlangsung, musnah dalam kebakaran di Kampung Belukar di sini.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 4.15 petang di rumah Mohd. Khairul Husain, 30, ketika dia dan ahli keluarganya sibuk menguruskan majlis berkhatan anaknya di rumah bapa mertua, Ramli Darus, 50.

more...

“Semasa berada di rumah mertua yang terletak tidak jauh dari rumah saya, saya terkejut apabila ternampak api dan asap tebal keluar dari rumah saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Beliau berkata, hanya dalam tempoh 15 minit, rumahnya musnah dijilat api.

Menurutnya, dalam kejadian kebakaran itu, semua barangan penting tidak dapat diselamatkan manakala jumlah kerugian dianggarkan lebih RM50,000.

Mohd. Khairul memberitahu, dia dan isteri, Norihan Ramli, 25, berada di rumah bapa mertuanya bagi menyaksikan anak sulung mereka, Mohd. Najmi, 8, menjalani majlis berkhatan bersama beberapa rakan lain.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor, Ismail Md. Zain berkata, seramai enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan pada pukul 4.20 petang.

Menurut beliau, sebuah lagi jentera dengan kekuatan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas turut dihantar ke tempat kejadian.

Katanya, bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke tempat kejadian kerana terdapat pasar malam yang mengganggu perjalanan.

Sebaik sahaja tiba, katanya, rumah berkenaan telah hangus dan pihak bomba sekadar memadamkan sisa kebakaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahya pula berkata, pihaknya sedang berusaha bagi membolehkan Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang membina rumah baru bernilai kira-kira RM30,000 untuk keluarga itu dalam tempoh terdekat.

sumber : utusan malaysia
 
ayo..terlebih katan ni..nanti bentan :))
 
nih mesti budak yg nak kene sunat tuh punye keje...
 
aku ingatkan tsalah potong td:))
 
cess.. wat saspen
 
ksiannyer kt mangsa..
kot2,lupa tutup dapur gas..
 
Last edited:
dugaannnnnnnnn
 
Back
Top
Log in Register