BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majalah Sumbu #4 Dilepaskan!

rodaira

Active Member
Messages
1,677
Joined
Apr 13, 2007
Messages
1,677
Reaction score
312
Points
41
Ya, majalah online sumber terbuka Jomlinux — Sumbu Edisi ke-4 kini telah diterbitkan! Menyambung agenda komuniti Jomlinux untuk memberikan anak watan satu wadah dalam mempelajari sumber terbuka dan Linux.

Bagi yang mengikuti tutorial sebelum ini di Sumbu, anda sudah semestinya tidak mahu melepaskan sambungan tutorial yang seterusnya. Namun, pada pengguna baru tidak perlu risau terdapat juga artikel yang sesuai untuk anda.

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap ahli Tim Sumbu yang berusah-payah dalam meneruskan kelangsungan majalah ini.

Kami juga berharap sokongan pembaca dengan menyebarkan lagi majalah Sumbu ini — sebarkan di laman sosial Facebook, Twitter pada rakan-rakan pada forum. Mohon kerjasama ye!

Baiklah, antara yang disentuh dalam Sumbu #4 :
  1. Sumbu Maju Setapak Ke Hadapan
  2. Lightbox Javascript. Ada Anda Kesah?
  3. Domain Olok-Olok
  4. Dokumentasi Pada Linux
  5. Menetapkan Virtual Host
  6. C++ Dalam Linux Siri 2
  7. Prolog Bah.1
  8. A Technician In The House
  9. Operasi Rivolta
  10. Revenge Of Titans

Untuk muat turun sila klik sini atau imej di bawah.

 
Back
Top
Log in Register