Info Mais tawar rumah sewa RM500 sebulan khas penjawat awam

CG Sponsors




dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
19,437
Reaction score
1,463
Points
206

Mais tawar sewaan kediaman pada kadar RM500 sebulan bagi penjawat awam. Foto: Majlis Agama Islam Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR
by Afix RedzuanJun 15, 2020 12:01 pm

SHAH ALAM, 15 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menawarkan sewaan kediaman pada kadar RM500 sebulan buat penjawat awam Selangor.
Pengurus Bahagian Komunikasi Korporatnya, Noormala Mohd Saad berkata tawaran sewaan di Wisma Mais, Seksyen 3 Shah Alam itu terhad kepada 15 unit sahaja tidak termasuk bil utiliti dan penyelenggaraan.

“Sebelum ini unit berkenaan disewa pelajar universiti. Selepas mereka keluar kita buka tawaran untuk penjawat awam negeri. Mereka boleh menyewa selama dua tahun dengan pilihan menyambung sewaan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata unit kediaman ditawarkan berkeluasan 545 kaki persegi dengan kemudahan tiga bilik dan dua bilik air.
Syarat kelayakan memohon adalah:
* Isi rumah berpendapatan di bawah RM5,000
* Kakitangan awam berkhidmat di Selangor
* Berkeluarga

Penjawat awam berminat boleh menghubungi Arzlan 019-264 0631 atau Bahagian Sewaan Hartanah 03-55143400 sambungan 2187 untuk keterangan lanjut.

 
Top
Log in Register