BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mais dan Jais halang kempen Anwar

brutuse

Fun Poster
Messages
431
Joined
Jan 13, 2014
Messages
431
Reaction score
3
Points
15
Program kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang mendapat halangan sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Halangan ini membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor.

Ia dilakukan dengan cara menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid yang terletak di bawah pentadbiran Mais.


Mais didakwa mengugut akan menangkap Anwar jika dia memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen.

Ia berlaku apabila pasukan kempen Anwar merancang untuk membolehkan Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lalu.

"Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa Mais dan Jais akan menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah," kata sumber daripada pasukan kempen Anwar melalui Facebooknya.

Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu.

Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat.

Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan.

Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais.

"Awalnya masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Januari, pihak nazir memberitahu mereka menerima tekanan daripada Mais. Mereka tidak berani melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain," kata sumber itu.

Kerusi DUN Kajang kosong susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheah daripada PKR. Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan PKR memilih Anwar sebagai calonnya di situ.

Pengumuman itu turut disertai oleh pemimpin PAS dan DAP yang menyokong keputusan itu.

Mengikut perancangannya, Anwar dijangka dilantik menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah sebelum ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu.

Beliau berkata, kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan menteri besar dan kedua, pembubaran Dewan Undangan Negeri.

"Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya.
 
perkenan sultan yang paling penting. tuanku mesti nak rakyatnya yang meneraju.
 
isu jd MB akan d mainkan oleh umnO spjg kempen...umno x der isu utk memperthnkan rakyat...serangan peribadi akan terus di mainkn oleh mrk2 yg takut hilang kuasa...renung2kanlah


p/s:mais ,jawi dan jakim semua yg berada d atas tu mmg umnOrian
 
Last edited:
Mais dan jais under federal gomen bukannya state gomen, jika state gomen dah lama bagi anwar ceramah dalam masjid
 
isu jd MB akan d mainkan oleh umnO spjg kempen...umno x der isu utk memperthnkan rakyat...serangan peribadi akan terus di mainkn oleh mrk2 yg takut hilang kuasa...renung2kanlah


p/s:mais ,jawi dan jakim semua yg berada d atas tu mmg umnOrian

Adakah sebab TSKI dh terlalu mesra kat dia orang ni?
Maklum ler...itu pun satu cara nak kasi jatuh pr :-?
 
Mais dan jais under federal gomen bukannya state gomen, jika state gomen dah lama bagi anwar ceramah dalam masjid

owhhh patut laaa ingatkan MAIS dan JAIS tu under kerajaan selangor. Berbeza yea dgn negeri lain, contohnya klu JAIS tu under Johor, JAIP under pahang, MUIS under sabah.

klu gitu mais dgn jais ni menterinya dato seri jamil khir laaa dan bukan exco agama negeri selangor. muskil nii.
 
Selagi bole pakai .. Kita pakai jbtn agama sekalipon... takut after ngan dsai hahaaha
 
bukan salah mais ke jais.. dah peraturan mcm tu.. g la mintak tauliah... ustaz yg ada tauliah selamber je dalam ceramah berpolitik.. hahaha
 
Adakah sebab TSKI dh terlalu mesra kat dia orang ni?
Maklum ler...itu pun satu cara nak kasi jatuh pr :-?

kita tunggu episode seterusnya tuan.....perlu ada strategi utk menentang pihk musuh...:D:D
 
Back
Top
Log in Register